Minggu, 16 Mei 2010

Biografi Singkat Para Tokoh-Tokoh Islam




أَبُو الأَسوَدِ الدُّؤَلِيُّ (605-688 م)‏
‏مِن التَّابِعِينَ، وَلِيَ إِمَارَةَ البَصرَةِ فِي عَهدِ عَلِيِّ بنِ أَبِي طَالِب وَكَانَ شَاعِرًا وَنَحوِيًّا عَرَبِيًّا، يُعتَبَرُ وَاضِعَ عِلمِ النَّحوِ العَرَبِيِّ وَقَوَاعِدِهِ، كَانَ مَعدُودًا مِن الفُقَهَاءِ وَكَانَ خَطِيبًا عَالِمًا.‏
Abu al-Aswad ad-Du’ali (605-688 Masehi) : Salah seorang Tabi’in. Beliau pernah dilantik menjadi gabenur Basrah pada zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau adalah seorang penyair terkenal dan pakar bahasa Arab, dianggap salah seorang pengasas ilmu nahu dan qawaid (kaedah) bahasa Arab. Beliau jugaserta alim. merupakan ahli fiqh, khatib
‏أَبُو الحَسَنِ الأَشعَرِيُّ (تُوُفِّيَ 936 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ المُتَكَلِّمِينَ، وَازَنَ بَينَ أَدِلَّةِ الفُقَهَاءِ وَآرَاءِ المُعتَزِلَةِ، يُنسَبُ إِلَيهِ مَذهَبُ الأَشَاعِرَةِ، أَلَّفَ حَوَالِي تِسعَةِ كُتُبٍ، مِن مُؤَلَّفَاتِهِ “الإِبَانَةُ عَن أُصُولِ الدِّيَانَةِ. “‏
Abu al-Hasan al-Asy’ariy (Meninggal dunia pada tahun 963 Masehi) : Di antara imam dalam ilmu usuluddin, beliau telah membuat perbandingan di antara dalil-dalil (pendapat) ahli fiqh dan mu’tazilah. Pengasas mazhab al-Asyaa’irah, beliau telah mengarang 9 buah kitab dan di antara karangan beliau ialah: “Al-Ibanah An Usul Ad-Diyaanah” (Penjelasan terhadap dasar2 agama)
‏أَبُو الحَسَنِ المَسعُودِيُّ (تُوُفِّيَ 957 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَجُغرَافِيٌّ وَرَحَّالَةٌ بَغدَادِيٌّ، رَحَلَ إِلَى بِلَادٍ كَثِيرَةٍ ثُمَّ اِستَقَرَّ فِي مِصرَ حَتَّى وَفَاتِهِ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن عَشرِ كُتُبٍ تُنَاقِشُ تَارِيخَ الأُمَمِ. كُتُبُهُ عَلَى قَدرٍ كَبِيرٍ مِن الأَهَمِّيَّةِ.‏
Abu al-Hasan al-Mas’udi (meninggal dunia tahun 957 Masehi) : Pengkaji sejarah, geografi dan penjelajah dari Baghdad. Beliau telah menjelajah ke beberapa buah negeri sebelum menetap di Mesir sehingga meninggal dunia di sana. Beliau juga telah mengarang lebih dari 10 buah buku mengenai sejarah berbagai bangsa. Buku-buku beliau banyak memberikan banyak manfaat.
‏أَبُو الرَّيحَانِ البَيرُونِيُّ (973-1048 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَرِيَاضِيٌّ وَعَالِمُ فَلَكٍ عَرَبِيٌّ وَجُغرَافِيٌّ وَطَبِيبٌ وَصَيدَلِيٌّ، مِن أَعظَمِ عُلَمَاءِ الإِسلَامِ، وَقَد وُصِفَ بِأَنَّهُ أَعظَمُ عَقلِيَّةٍ عَرَفَهَا التَّارِيخُ، وَهُوَ أَوَّلُ مِن قَالَ إِنَّ الأَرضَ تَدُورُ حَولَ مِحوَرِهَا، صَنَّفَ كُتُبًا تَربُو عَن المِائَةِ وَالعِشرِينَ.‏
Abu ar-Raihan al-Bairuni (973-1048 Masehi) : Seorang pakar sejarah, matematik, astronomi, geografi, kedoktoran dan farmasi bangsa Arab. Salah seorang alim ulama Islam yang terkenal. Mengikut sejarah, beliau merupakan seorang ahli sains terkenal dan orang pertama yang menyatakan bahawa bumi beredar mengelilingi poros. Beliau telah mengarang lebihdari 120 buah buku. 
‏أَبُو الطَّيِّبِ المُتَنَبِّي ( 915-965 م)‏
‏مِن كِبَارِ شُعَرَاءِ العَرَبِ، إِمَامُ الطَّرِيقَةِ الإِبدَاعِيَّةِ فِي الشِّعرِ العَرَبِيِّ، اِشتَهَرَ بِقَصَائِدِ المَدِيحِ وَالحِكمَةِ وَحُبِّهِ لِلمُغَامَرَةِ، يَعُدُّهُ العَرَبُ أَشعَرَ الإِسلَامِيِّينَ.‏
Abu at-Tayyib al-Mutanabbi (915-965 Masehi) : Beliau di antara penyair Arab yang terkenal, seorang pakar terhadap kaedah mencipta syair Arab. Beliau sangat terkenal dengan qasidah, kata-kata hikmat dan kecintaan terhadap pengembaraan. Orang-orang Arab menganggap beliau sebagai “Penyair Islam yang terkenal”.
‏أَبُو العَتَاهِيَةِ ( 748-825 م)‏

‏شَاعِرٌ مُسلِمٌ، اِعتَزَلَ الغَزَلَ وَالمَدحَ وَاتَّجَهَ إِلَى الزُّهدِ، كَانَ لَهُ مَكَانَةٌ عَالِيَةٌ عِندَ هَارُونَ الرَّشِيدِ.‏ Abu al-Atahiah (748-825 Masehi) : Seorang penyair Islam, Syair berbentuk asmara dan puji-pujian ditinggalkan dan menitikberatkan kepada kezuhudan. Belaiu mendapat sanjungan yang tinggi di sisi Khalifah Harun ar-Rasyid.

‏أَبُو العَلَاءِ المَعَرِّي ( 973-1057 م)‏
‏شَاعِرٌ وَفَيلَسُوفٌ مُسلِمٌ، كَانَ عَالِمًا بِالأَديَانِ وَالمَذَاهِبِ وَفِي عَقَائِدِ الفِرَقِ وَكَانَ آيَةً فِي مَعرِفَةِ التَّارِيخِ وَالأَخبَارِ، عَاشَ زَاهِدًا، دَعَا نَفسَهُ “رَهِينَ المَحبَسَينِ”، صَنَّفَ أَكثَرَ مِن سَبعِينَ كِتَابًا وَالعَدِيدَ مِن الدَّوَاوِينَ الشِّعرِيَّةِ، تُرجِمَت كُتُبُهُ إِلَى لُغَاتٍ كَثِيرَةٍ.‏
Abu al-Ala’ Al-Ma’arri (973-1057 Masehi) : Seorang penyair dan ahli falsafah Islam. Alim dalam bidang agama, mazhab-mazhab dan pegangan setiap kumpulan agama. Seorang yang sangat mahir dalam bidang sejarah. Hidup di dalam kezuhudan dan menggelarkan dirinya sebagai “Tawanan di dalam dua penjara”. Beliau telah mengarang lebihdari 70 buah buku dan beberapa buah antologi (diwan) syair. Buku-buku beliau telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. 
‏أَبُو الفَرَجِ الأَصفَهَانِيِّ ( 897-967 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ الأَدَبِ وَالتَّارِيخِ وَاللُّغَةِ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ مِن أَهَمِّهَا كِتَابُ “الأَغَانِي”، دَوَّنَ فِيهِ التَّارِيخَ بِأُسلُوبٍ دَقِيقٍ.‏
Abu al-Faraj al-Asbahani (897-967 Masehi) : Di antara pakar-pakar terkemuka di dalam bidang sastra, sejarah dan bahasa. Beliau telah mengarang beberapa buah kitab dan yang paling terkenal di antaranya ialah “Al-Aghani” [Lagu-lagu] yang mana beliau mencatatkan tentang sejarah secara saintifik dan terperinci.
‏أَبُو القَاسِمِ الزَّهرَاوِيُّ (1030-1106 م)‏
‏أَكبَرُ الجَرَّاحِينَ العَرَبِ فِي زَمَانِهِ، أَوَّلُ مَن أَلَّفَ فِي الجِرَاحَةِ عِندَ العَرَبِ كَكِتَابِ “التَّصرِيفِ لِمَن عَجَزَ عَن التَّألِيفِ”، اِستَحدَثَ آلَاتٍ جِرَاحِيَّةً كَثِيرَةً، شَمَلَ نُبُوغُ الزَّهرَاوِيِّ كُلَّ فُرُوعِ الطِّبِّ وَالصِّنَاعَاتِ المُلحَقَةِ بِهِ، تُرجِمَت كُتُبُهُ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ وَالعِبرِيَّةِ وَالفَرَنسِيَّةِ وَالإِيطَالِيَّةِ.‏
Abu al-Qasim az-Zahrawi (1030-1106 Masehi) : Di antara pakar-pakar bedah yang paling mahir di negeri-negeri Arab pada zaman beliau. Orang pertama yang mengarang berkenaan dengan pembedahan di kalangan bangsa Arab seperti, “At-Tasrif Liman Ajaz An At-Ta’lif”. Beliau telah mencipta banyak alat-alat pembedahan yang baru. Kelebihan az-Zahrawi merangkumi setiap bentuk ilmu perobatanserta peralatan-peralatannya. Buku-buku beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Ibrani, Perancis dan Itali.
‏أَبُو الوَفَاءِ البُوزَجَانِيُّ (940-998 م)‏
‏مُهَندِسٌ فَلَكِيٌّ، أَعظَمُ رِيَاضِيِّي العَرَبِ قَاطِبَةً، أَحَدُ المُتَرجِمِينَ العِظَامِ مِن اليُونَانِيَّةِ، أَلَّفَ حَوَالَي خَمسَةِ كُتُبٍ، مِن آثَارِهِ “الهَندَسَةُ. “‏
Abu al-Wafa’ al-Buzjani (940-998 Masehi) : Seorang ahli astronomi dan ahli matematik Arab paling terkemuka yang pernah ada. Beliau merupakan salah seorang penterjemah yang mahir dari Yunani (Greece). Beliau telah mengarang kira-kira 5 buah buku dan yang terkenal di antaranya ialah, “Al-Handasah” [geometri].
‏أَبُو بَكرٍ البَيطَارِ (تُوُفِّيَ 1340 م)‏
‏طَبِيبٌ بَيطَرِيٌّ، كَانَ مُدَبِّرًا لِخَيلِ النَّاصِرِ بنِ قَلَاوُونَ، كَانَ عَالِمًا بِأَمرَاضِ الخَيلِ، وَأَودَعَ تَجَارِبَهُ فِي كِتَابِ “كَاشِفِ الوَيلِ فِي مَعرِفَةِ أَمرَاضِ الخَيلِ. “‏
Abu Bakar al-Baitar (meninggal dunia pada tahun 1340 Masehi) : Seorang doktor veterinar (haiwan) dan penjaga kuda milik an-Nasir bin Qalawun, mahir mengenai penyakit-penyakit pada kuda. Beliau telah mencurahkan hasil penyelidikannya di dalambuku, “Kasyifu Al-Waili fi Ma’rifati Amradhi Al-Khaili” (Kajian menyeluruh untuk mengetahui tentang penyakit-penyakit kuda). 
‏أَبُو بَكرٍ البَيهَقِيُّ (تُوُفِّيَ 1066 م)‏
‏فَقِيهٌ شَافِعِيٌّ, لَهُ فَضلٌ كَبِيرٌ عَلَى المَذهَبِ الشَّافِعِيِّ لِكَثرَةِ تَصَانِيفِهِ, يُعتَبَرُ مِن كِبَارِ عُلَمَاءِ الحَدِيثِ, صَنَّفَ أَكثَرَ مِن عَشرِ كُتُبٍ, مِن أَهَمِّ تَصَانِيفِهِ “السُّنَنُ الكُبرَى. “‏
Abu Bakar al-Baihaqi (meninggal dunia pada tahun 1066 Masehi) : Seorang yang faqih dalam mazhab Syafie. Beliau mempunyai kelebihan dalam mazhab Syafie keranabuku-buku karangannya banyak membincangkan kaedah mazhab tersebut. Beliau juga dianggap sebagai ulama besar hadis dan telah mengarang lebih dari 10 buah buku. Di antara yang paling terkenal ialah, “As-Sunan al-Kubra”. 
‏أَبُو بَكر الرَّازِي (864-923 م)‏
‏مِن أَعظَمِ أَطِبَّاءِ الإِسلَامِ وَفَلَاسِفَتِهِم، بَرَعَ فِي الكِيميَاءِ وَالمُوسِيقَى وَنَظمِ الشِّعرِ وَالفَلَكِ، تَصَانِيفُهُ كَثِيرَةٌ أَنَافَت عَن المِائَتَي كِتَابٍ نِصفُهَا فِي الطِّبِّ، مِن أَشهَرِ كُتُبِهِ “الحَاوِي” وَرِسَالَةُ “الجُدَرِي وَالحَصبَةِ. “‏
Abu Bakar Ar-Razi (864-923 Masehi) : Tergolong di antara doktor-doktor dan ahli-ahli falsafah Islam yang terkemuka. Beliau sangat mahir di dalam bidang ilmu kimia, musik, mengarang syair dan astronomi. Beliaujuga telah mengarang lebih dari 200 buah buku dan sebahagian darinya berkenaan dengan kedoktoran. Di antara buku-buku yang termasyhur ialah, “Al-Hawi” dan risalah “Al-Judari wa Al-Hasbah” (penyakit cacar dan campak). 
‏أَبُو بَكرٍ الكَرخِيُّ (تُوُفِّيَ 1020 م)‏
‏عَالِمٌ رِيَاضِيٌّ مُسلِمٌ، مِن أَهلِ بَغدَادَ، لَهُ مُصَنَّفَاتٌ عَدِيدَةٌ فِي الجَبرِ وَالحِسَابِ، مِن أَهَمِّهَا كِتَابُ الكَافِي فِي الحِسَابِ.‏
Abu Bakar al-Karkhi (meninggal dunia pada tahun 1020 Masehi) : Ahli matematik Islam, tinggal di Baghdad. Kebanyakan karangan-karangan beliau adalah dalam bidang aljabar dan aritmetik. Di antara yang terkenal ialah, “Al-Kafi” [memadai] dalam bidang aritmetik.
‏أَبُو تَمَّامٍ (788-845 م)‏
‏شَاعِرٌ عَرَبِيٌّ مِن الدَّولَةِ العَبَّاسِيَّةِ، بَلَغَ مِن الشِّعرِ مَبلَغًا لَم يُزَاحِمهُ فِيهِ أَحَدٌ، اِمتَازَ بِخَيَالِهِ الوَاسِعِ، ضَمَّنَ شِعرَهُ الكَثِيرَ مِن الحِكَمِ وَالأَمثَالِ، لَهُ عِدَّةُ دَوَاوِينَ مِن أَشهَرِهَا تِلكَ الَّتِي أَنشَدَهَا بَعدَ اِنتِصَارِ المُعتَصِمِ فِي وَقعَةِ “عَمُورِيَّة. “‏
Abu Tammam (788 – 845 Masehi) : Penyair Arab di zaman Abbasiah. Syair beliau mencapai tahap kecemerlangan paling tinggi dan tidak dapat ditandingi, mempunyai kelebihan melalui khayalan beliau yang meluas. Syair-syair beliau banyak mengandungi kata-kata hikmat dan perumpamaan. Beliau mempunyai beberapa buah dewan (antologi) syair dan di antara yang termasyhurnya ialah yang dialunkan setelah kemenangan Khalifah al-Muktasim di dalam peperangan Amuriah.
‏أَبُو جَعفَرٍ الخَازِنُ (تُوُفِّيَ 1010 م)‏
‏مِن كِبَارِ الفَلَكِيِّينَ فِي الإِسلَامِ عَالِمٌ بِالرِّيَاضِيَّاتِ وَالهَندَسَةِ أَلَّفَ أَكثَرَ مِن أَربَعِ كُتُبٍ مِن أَهَمِّهِم “المَسَائِلُ العَدَدِيَّةُ. “‏
Abu Jaafar al-Khazin (meninggal dunia pada tahun 1010 Masehi) : Salah seorang ahli astronomi Islam yang terkemuka. Beliau sangat alim di dalam matematik dan geometri (kajiukur). Beliau juga telah mengarang lebih dari empat buah buku dan di antara yang terpenting ialah “Al-Masa’il Al-Adadiah”.
‏أَبُو جَعفَرٍ الطُّوسِيُّ (995-1067 م)‏
‏مُفَسِّرٌ وَفَقِيهٌ شِيعِيٌّ مُؤَسِّسُ جَامِعَةِ النَّجَفِ تَعَرَّضَت كُتُبُهُ لِلتَّلَفِ عِدَّةَ مَرَّاتٍ مِن أَشهَرِ تَصَانِيفِهِ “البَيَانُ الجَامِعُ لِعُلُومِ القُرآنِ” وَ”الحَدِيثُ عِندَ الشِّيعَةِ. “‏
Abu Jaafar at-Tusi (995-1067 M) : Pentafsir dan ahli fiqh golongan Syiah, pengasas universiti An-Najaf. Buku-buku beliau hampir musnah beberapa kali dan di antara karangan beliau yang termasyhur ialah, “Al-Bayan Al-Jami’ Li Ulum Al-Quran” [uraian menyeluruh terhadap ulum al-Quran] dan “Al-Hadis Inda Asy-Syiah” [hadis di sisi Syiah].
‏أَبُو حَامِد الغَزَالِيُّ (تُوُفِّيَ 1111 م)‏
‏فَيلَسُوفٌ وَعَالِمٌ مُسلِمٌ، لُقِّبَ بِ “حُجَّةِ الإِسلَامِ”، لَهُ أَكثَرُ مِن أَربَعَةَ عَشَرَ مُؤَلَّفًا، مِن أَشهَرِ كُتُبِهِ “إِحيَاءُ عُلُومِ الدِّينِ. “‏
Abu Hamid Al-Ghazali (meninggal dunia pada tahun 1111 Masehi) : Ahli falsafah dan ulama Islam, digelarkan dengan “Hujjatul Islam” [Pakar dalam Islam]. Beliau mempunyai lebih dari empat belas buah karangan dan di antara buku-buku beliau ialah “Ihya’ Ulum Ad-Din”.
‏أَبُو حَنِيفَةَ الدِّينَوَرِيُّ (تُوُفِّيَ 895 م)‏
‏مُهَندِسٌ وَمُؤَرِّخٌ وَفَيلَسُوفٌ وَعَالِمُ نَبَاتٍ عَرَبِيٌّ، قَالَ عَنهُ أَبُو حَيَّان التَّوحِيدِيُّ أَنَّهُ جَمَعَ بَينَ حِكمَةِ الفَلَاسِفَةِ وَبَيَانِ العَرَبِ. وَلَهُ فِي كُلِّ فَنٍّ سَاقٌ وَقَدَمٌ وَرِوَاءُ وَحِكَمٌ. صَنَّفَ مَا يَربُو عَن العَشرِ كُتُبٍ.‏
Abu Hanifah ad-Dainawari (meninggal dunia pada tahun 895 Masehi) : Jurutera, ahli sejarah, ahli falsafah dan saintis dalam bidang tumbuhan, berbangsa Arab. Abu Hayyan at-Tauhidi berkata: Beliau telah mengumpulkan di antara kata-kata hikmat ahli falsafah dan kefasihan bahasa Arab. Beliau memiliki kemahiran dalam segala bidang ilmu. Beliau juga telah mengarang lebih dari sepuluh buah buku.
‏أَبُو حَيَّانَ التَّوحِيدِيُّ (تُوُفِّيَ 1010 م)‏
‏كَاتِبٌ وَفَيلَسُوفٌ عَرَبِيٌّ مُعتَزِلِيٌّ مُتَصَوِّفٌ، مِن أَهلِ العَدلِ وَالتَّوحِيدِ، صَاحِبُ طِرَازٍ فَرِيدٍ فِي الكِتَابَةِ.‏
Abu Hayyan at-Tauhidi (meninggal dunia pada tahun 1010 Masehi) : Penulis dan ahli falsafah bangsa Arab yang berpegang dengan pegangan Muktazilah, sangat terkenal dengan keadilan dan berpegang teguh dengan ketauhidan Allah. Beliau mempunyai gaya tersendiri yang tidak dapat ditandingi di dalam bidang penulisan.
أَبُو دَاوُدَ السِّجِستَانِيُّ (817-889 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ الحَدِيثِ، لَهُ كِتَابُ “السُّنَنِ”، مِن الصِّحَاحِ السِّتَّةِ.‏
Abu Daud as-Sijastani (meninggal dunia pada tahun 817-889 M) : Salah seorang imam dalam bidang hadis. Beliau mempunyai kitab “As-Sunan” yang tergolong di antara enam buah kitab hadis sahih.
‏أَبُو ذُؤَيب الهُذَلِيُّ (تُوُفِّيَ 648 م)‏
‏شَاعِرٌ مُسلِمٌ فَحلٌ مُخَضرَمٌ، اِشتَرَكَ فِي فَتحِ إِفرِيقِيَّةَ “تُونُسُ الحَالِيَّةُ. “‏
Abu Zuaib al-Huzali (meninggal dunia pada tahun 648 M) : Penyair Islam yang hebat dan hidup di dalam dua generasi. Beliau telah mengambil bahagian di dalam pembukaan Afrika “Tunisia sekarang”.
‏أَبُو زَيدٍ البَلخِيٌّ (850-934 م)‏
‏عَالِمٌ فِي الفَلسَفَةِ وَالجُغرَافِيَا مُسلِمٌ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن أَربَعَةَ عَشَرَ كِتَابًا، اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “صُوَرُ الأَقَالِيمِ. “‏
Abu Zaid al-Balkhi (850-934 M): Ahli dalam filsafat dan geografi, telah mengarang lebih dari empat belas buah buku, dan bukunya yang terkenal adalah “Shuwar al-Aqaliim”.
‏أَبُو سُلَيمَانَ المَنطِقِيُّ (تُوُفِّيَ 990 م)‏
‏فَيلَسُوفٌ وَعَالِمُ مَنطِقٍ عَرَبِيٌّ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ مِن أَهَمِّهَا “صُوَانُ الحِكمَةِ” سَجَّلَ فِيهِ تَارِيخَ الفَلسَفَةِ اليُونَانِيَّةِ وَالإِسلَامِيَّةِ.‏
Abu Sulaiman al-Mantiqi (meninggal dunia pada tahun 990 Masehi) : Ahli falsafah berbangsa Arab dan mahir di dalam ilmu mantiq. Beliau telah mengarang beberapa buah buku dan yang terkenalnya ialah, “Siwan Al-Hikmah” [pemelihara hikmat], di dalamnya mencatatkan sejarah falsafah Yunani dan falsafah Islam.
‏أَبُو عَبدِ اللَّهِ الإِدرِيسِيُّ (1100-1165 م)‏
‏رَحَّالَةٌ مَغرِبِيٌّ، عَالِمٌ بِالجُغرَافِيَا وَالطِّبِّ، مُؤَلَّفَاتُهُ مِن أَشهَرِ كُتُبِ الجُغرَافِيَا القَدِيمَةِ وَقَد تُرجِمَت إِلَى عِدَّةِ لُغَاتٍ أُورُوبِّيَّةٍ.‏
Abu Abdullah al-Idrisi (1100-1165 Masehi) : Seorang pengembara dari Morocco yang pakar dalam bidang geografi dan kedoktoran. Beliau telah mengarang beberapa buah dan di antara buku-buku yang termasyhurnya ialah buku geografi lama dan telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa Eropa.
‏أَبُو عُثمَانَ المَازِنِيُّ (تُوُفِّيَ 863 م)‏
‏لُغَوِيٌّ بَصرِيٌّ، مِن كِبَارِ عُلَمَاءِ اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ، كَانَ وَرِعًا وَتَقِيًّا، لَهُ أَكثَرُ مِن سِتَّةِ مُصَنَّفَاتٍ مِن أَهَمِّهَا “التَّصرِيفُ. “‏
Abu Othman al-Mazini (meninggal dunia pada tahun 863 Masehi) : Seorang pakar bahasa dari Basrah, tergolong di antara ulama bahasa Arab yang terkemuka. Seorang yang wara’ dan penuh ketakwaan. Beliau mempunyai lebih dari enam buah karang dan di antara yang terpentingnya ialah “At-Tasrif”.
‏أَبُو عَلِيٍّ الخَيَّاطُ (تُوُفِّيَ 835 م)‏
‏فَلَكِيٌّ عَرَبِيٌّ مِن أَشهَرِ الفَلَكِيِّينَ فِي تَارِيخِ الإِسلَامِ، تُرجِمَت بَعضُ كُتُبِهِ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ.‏
Abu Ali al-Khayyat (meninggal dunia pada tahun 835 Masehi) : Ahli astronomi berbangsa Arab dan di antara ahli falak (astronomi) yang termasyhur di dalam sejarah Islam. Ahli-ahli astronomi Eropa mengenali beliau dengan nama al-Bohali. Setengah dari buku-buku karangan beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
‏أَبُو فِرَاسٍ الحَمدَانِيُّ (932-968 م)‏
‏أَمِيرٌ وَشَاعِرٌ وَفَارِسٌ، لَهُ وَقَائِعُ كَثِيرَةٌ، تَقَلَّدَ منبجا وَحَرَّانَ، أَسَرَهُ الرُّومُ فَنَظَمَ أَشهَرَ قَصَائِدِهِ “الرُّومِيَّاتِ. “‏
Abu Firas al-Hamdani (932-968 Masehi) : Seorang Amir, penyair dan pahlawan berkuda. Beliau pernah terlibat di dalam beberapa peperangan. Menjadi gubenur di Minbaja dan Harran. Beliau pernah ditawan oleh tentera Roma di mana dari itulah beliau telah menghasilkan qasidah yang paling masyhur “Ar-Romiyyat” (Wanita-wanita Rom).
‏أَبُو كَامِلٍ (تُوُفِّيَ 951 م)‏
‏(شُجَاعُ بنُ أَسلَمَ)، مُهَندِسٌ وَعَالِمُ حِسَابٍ مِصرِيٌّ، اشتَهَرَت مُؤَلَّفَاتُهُ فِي أُورُوبَّا.‏
Abu Kamil (meninggal dunia pada tahun 951 Masehi) : (Syuja’ bin Aslam), seorang pakar matematik dari Mesir. Karangan-karangan beliau sangat terkenal di Eropa.
‏أَبُو مِحجَن الثَّقَفِيُّ (تُوُفِّيَ 650 م)‏
‏شَاعِرٌ مُسلِمٌ وَفَارِسٌ شُجَاعٌ،أَبلَى بَلَاءً حَسَنًا فِي مَعرَكَةِ القَادِسِيَّةِ، أَشهَرُ شِعرِهِ فِي المَفَاخِرِ.‏
Abu Mihjan Ath-Thaqafi (meninggal dunia pada tahun 650 Masehi) : Seorang penyair Islam dan pahlawan berkuda yang berani, pernah mengambil bahagian di dalam peperangan al-Qadisiah. Syair beliau yang termasyhur adalah syair kemegahan.
‏أَبُو مَعشَرٍ البَلخِيُّ (تُوُفِّيَ 788-886 م)‏
‏عَالِمٌ فَلَكِيٌّ، لَهُ دِرَاسَاتٌ فِي تَأثِيرِ النُّجُومِ فِي حَيَاةِ الإِنسَانِ، مُكتَشِفُ حَقِيقَةٍ عِلمِيَّةٍ تَتَعَلَّقُ بِالمَدِّ وَالجَزرِ، نَاقَشَ العَدِيدَ مِن الأَفكَارِ فِي مُؤَلَّفَاتِهِ.‏
Abu Ma’syar al-Balakhi (788-886 Masehi) : Seorang pakar astronomi. Beliau pernah mempelajari bahawa bintang-bintang memberi kesan dalam kehidupan manusia dan menemui fakta berhubung dengan pasang dan surut air. Beliau membincangkan pelbagai permasalahan di dalam karangan-karangannya.
‏أَبُو مَنصُورٍ الثَّعَالِبِيُّ (961-1038 م)‏
‏أَدِيبٌ وَلُغَوِيٌّ وَمُؤَرِّخٌ مِن الدَّولَةِ العَبَّاسِيَّةِ، صَنَّفَ كَثِيرًا مِن كُتُبِ الأَدَبِ وَالتَّارِيخِ وَاللُّغَةِ تَزِيدُ عَلَى التِّسعِينَ كِتَابًا مِن أَهَمِّهَا “يَتِيمَةُ الدَّهرِ فِي شُعَرَاءِ أَهلِ العَصرِ. “‏
Abu Mansur ath-Tha’alibi (961-1038 Masehi) : Sasterawan, pakar bahasa dan ahli sejarah pada masa pemerintahan kerajaan Abbasiah. Beliau banyak menulis buku-buku berkenaan dengan sastera, sejarah dan bahasa. Karangan-karangan beliau lebih dari sembilan puluh buah buku dan di antara yang terpenting ialah “Yatimatu Ad-Dahri Fi Syu’ara’ Ahli Al-Asri”.
‏أَبُو نَصر الفَارَابِي (878-950 م)‏
‏مِن أَعظَمِ فَلَاسِفَةِ المُسلِمِينَ، كَانَ عَالِمًا بِالمَنطِقِ وَالرِّيَاضِيَّاتِ وَالمُوسِيقَى، حَاوَلَ التَّوفِيقَ بَينَ الشَّرِيعَةِ الإِسلَامِيَّةِ وَالفَلسَفَةِ اليُونَانِيَّةِ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن مِائَةِ كِتَابٍ.‏
Abu Nasru al-Farabi (878-950 Masehi) : Salah seorang ahli falsafah Islam yang terkenal dan pakar dalam ilmu mantiq, matematik dan musik. Beliau telah mencoba membuat penyesuaian di antara syariat Islam dan falsafah Yunani, beliau juga telah mengarang lebih dari seratus buah buku.
‏أَبُو نُوَاسٍ (757-814 م)‏
‏مِن أَكبَرِ الشُّعَرَاءِ فِي تَارِيخِ الأَدَبِ العَرَبِيِّ، شَاعِرُ العِرَاقِ فِي عَصرِهِ، أَوَّلُ مَن نَهَجَ فِي الشِّعرِ طَرِيقَتَهُ الحَضَرِيَّةَ وَأَخرَجَهُ مِن اللَّهجَةِ البَدَوِيَّةِ‏
Abu Nuwas (757-814 Masehi) : Salah seorang penyair terkenal di dalam sejarah kesusasteraan Arab dan merupakan penyair Iraq pada zamannya. Beliau adalah orang pertama yang mencipta syair mengikut cara modern serta menjauhi dari menggunakan dialek badawi.
‏أَبُو هِلَال العَسكَرِي (تُوُفِّيَ 1005 م)‏
‏أَدِيبٌ وَشَاعِرٌ عَرَبِيٌّ، مِن أَكبَرِ عُلَمَاءِ البَلَاغَةِ، لَهُ أَكثَرُ مِن عَشرَةِ مُؤَلَّفَاتٍ، صَاحِبُ “كِتَابِ الصِّنَاعَتَينِ: النَّظمِ وَالنَّثرِ. “‏
Abu Hilal al-Askari (meninggal dunia pada tahun 1005 Masehi) : Sastrawan dan penyair berbangsa Arab serta salah seorang di antara pakar ilmu balaghah. Beliau mempunyai lebih dari sepuluh buah karangan dan beliau juga adalah pengarang buku “Kitab As-Sina’atain: An-Nazmu Wa An-Nathru”.
‏أَحمَدُ اليَعقُوبِي (تُوُفِّيَ 905 م)‏
‏جُغرَافِيٌّ وَمُؤَرِّخٌ بَغدَادِيٌّ كَثِيرُ الأَسفَارِ، أَلَّفَ ثَلَاثَةَ كُتُبٍ وَلَكِنَّهُ اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “البُلدَان” الَّذِي دَوَّنَ فِيهِ مُلَاحَظَاتِهِ فِي التَّارِيخِ وَالِاجتِمَاعِ وَالأَدَبِ عَن البِلَادِ الَّتِي زَارَهَا.‏
Ahmad al-Yaakubi (meninggal dunia pada tahun 905 Masehi) : Pakar geografi dan sejarah dari Baghdad dan banyak mengembara. Beliau telah mengarang tiga buah buku tetapi terkenal melalui bukunya, “Al-Buldan”, di mana beliau mencatatkan tentang sejarah, kemasyarakatan dan kebudayaan negeri-negeri yang telah dilawatinya.
‏أَحمَدُ بنُ عَرَبشَاه (تُوُفِّيَ 1388-1450 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَرَحَّالَةٌ دِمَشقِيٌّ، لَهُ مُصَنَّفَاتٌ بِالعَرَبِيَّةِ وَالفَارِسِيَّةِ وَالتُّركِيَةِ.‏
Ahmad bin Arabsyah (1388-1450 Masehi) : Pakar sejarah dan pengembara dari Damaskus. Beliau telah mengarang beberapa buah buku di dalam bahasa Arab, Fersi dan Turki.
‏أَحمَد تَيمُور (1871-1930 م)‏
‏أَدِيبٌ، بَاحِثٌ وَمُؤَرِّخٌ مِصرِيٌّ، مِن عُلَمَاءِ اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ، صَنَّفَ مَا يَقرُبُ مِن الأَربَعِينَ كِتَابًا.‏
Ahmad Taimur (1871-1931 Masehi) : Sasterawan, penyelidik dan ahli sejarah dari Mesir. Tergolong di antara pakar bahasa Arab. Beliau telah mengarang hampir empat puluh buah buku.
‏أَحمَد شَوقِي (1868-1932 م)‏
‏شَاعِرٌ مِصرِيٌّ، مِن أَشهَرِ شُعَرَاءِ العَصرِ الحَدِيثِ، لُقِّبَ بِأَمِيرِ الشُّعَرَاءِ،عَالَجَ فِي شِعرِهِ أَكثَرَ فُنُونِ الشِّعرِ.‏
Ahmad Syauqi (1868-1932 Masehi) : Seorang penyair dari Mesir, tergolong di antara para penyair zaman moden yang termasyhur dan diberi gelaran, amir (ketua) para penyair. Syair beliau mengatasi kebanyakan seni-seni syair.
‏أَحمَدُ فَارِس الشِّديَاق (1804-1888 م)‏
‏أَدِيبٌ وَلُغَوِيٌّ لُبنَانِيٌّ، مِن رُوَّادِ الصَّحَافَةِ العَرَبِيَّةِ، مُؤَسِّسُ جَرِيدَةِ “الجَوَائِبِ”، لَهُ مَا يَربُو عَن العَشرِ مُؤَلَّفَاتٍ.‏
Ahmad Faris asy-Syidyaq (1804-1888 Masehi) : Sasterawan dan pakar bahasa dari Libanon. Tergolong di antara pelopor kewartawanan dalam bahasa Arab. Pengasas akhbar “Al-Jawa’ib”. Beliau telah mengarang lebih dari sepuluh buah buku.
إِسمَاعِيلُ أَبُو الفِدَاءِ (1273-1331 م)‏
‏أَمِيرٌ عَرَبِيٌّ، مُؤَرِّخٌ وَجُغرَافِيٌّ شَهِيرٌ.‏
Ismail Abu al-Fida’ (1273-1331 Masehi) : Raja, ahli sejarah dan ahli geografi yang terkemuka.
‏اِبنُ آجُرُّومٍ (تُوُفِّيَ 1323 م)‏
‏أَبُو عَبدِ اللَّهِ الصَّنهَاجِيُّ، عَالِمُ نَحوٍ مَغرِبِيٌّ، اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “المُقَدِّمَةُ الآجُرُّومِيَّةُ فِي عِلمِ العَرَبِيَّةِ. “‏
Ibnu Ajurrum (723 Hijrah, 1323 Masehi) : Abu Abdullah as-Sanhaji, pakar nahu bahasa Arab dari Morocco. Beliau terkenal dengan bukunya, “Al-Muqaddimah Al-Ajurrumiah Fi Ilmi Al-Arabiah”.
‏اِبنُ أَبِي الرِّجَالِ (تُوُفِّيَ 1040 م)‏
‏فَلَكِيٌّ وَرِيَاضِيٌّ أَندَلُسِيٌّ، اشتَهَرَ عِندَ عُلَمَاءِ الغَربِ بِكِتَابِهِ “البَارِعِ فِي أَحكَامِ النُّجُومِ”، تُرجِمَت أَعمَالُهُ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ.‏
Ibnu Abi ar-Rijal (meninggal dunia pada tahun 1040 Masehi) : Seorang ahli astronomi dan matematik dari Andalusia. Beliau terkenal di kalangan ulama Arab dengan buku, “Al-Bari’ Fi Ahkam An-Nujum”. Hasil-hasil karangan beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
‏اِبنُ أَبِي الشُّكرِ (تُوُفِّيَ 1281 م)‏
‏فَلَكِيٌّ أَندَلُسِيٌّ مِن أَهلِ قُرطُبَةَ، عَمِلَ مَعَ نَصِيرِ الدِّينِ الطُّوسِيِّ فِي مَرصَدِ مَرَاغَةَ، صَنَّفَ أَكثَرَ مِن عَشرِ كُتُبٍ مِن أَشهَرِهَا “الأَربَعُ مَقَالَاتٍ فِي النُّجُومِ. “‏
Ibnu Abi asy-Syukri (meninggal dunia pada tahun 1281 Masehi) : Seorang ahli astronomi dari Andalusia yang tinggal di Cordova (Qurtubah). Beliau berkerja bersama Nusair ad-Din at-Tausi di balai meneropong Maraghah. Beliau juga telah mengarang lebih dari sepuluh buah buku dan di antara yang termasyhur ialah, “Al-Arba’ Maqalat Fi An-Nujum”, (Empat makalah tentang bintang).
‏اِبنُ أَبِي صَادِقٍ (تُوُفِّيَ 1077 م)‏
‏طَبِيبٌ وَفَيلَسُوفٌ مِن أَهلِ نَيسَابُور، تِلمِيذُ اِبنِ سِينَا، شَرَحَ مُؤَلَّفَاتِ أَبُقرَاطَ وَجَالِينِيس، يُلَقَّبُ بِسُقرَاط الثَّانِي.‏
Ibnu Abi Sadiq (meninggal dunia pada tahun 1077 Masehi) : Seorang doktor dan ahli falsafah dari Naisabur, murid Ibnu Sina. Beliau telah menjelaskan hasil karangan Abuqrat dan Galinis, beliau juga digelar dengan Sokrates Kedua.
‏اِبنُ البَيطَارِ (تُوُفِّيَ 1248 م)‏
‏أَعظَمُ عُلَمَاءِ التَّارِيخِ الطَّبِيعِيِّ فِي القُرُونِ الوُسطَى، عَالِمُ نَبَاتٍ أَندَلُسِيٌّ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن سِتِّ كُتُبٍ مِن أَشهَرِهَا كِتَابُ “الجَامِعِ لِمُصَنَّفَاتِ الأَدوِيَةِ وَالأَغذِيَةِ. “‏
Ibnu al-Baitar (meninggal dunia pada tahun 1248 Masehi) : Pakar terkemuka di dalam sejarah biologi pada kurun pertengahan dan pakar di dalam bahagian botani (kaji tumbuhan) di Andalusia. Beliau telah mengarang lebih dari enam buah buku manakala yang termasyhurnya ialah “Al-Jami’ Limusannafaat Al-Adwiah Wa Al-Aghziah”. [Himpunan Buku-buku Mengenai Ilmu obat-obatan dan Makanan].
‏اِبنُ الجَوزِيِّ (1120-1200 م)‏
‏فَقِيهٌ وَمُؤَرِّخٌ عَرَبِيٌّ، صَنَّفَ مَا يَقرُبُ مِن عِشرِينَ كِتَابًا فِي شَتَّى فُرُوعِ المَعرِفَةِ، مِن آثَارِهِ “المُنتَظِم فِي تَارِيخِ الأُمَم. “‏
Ibnu al-Jauzi (1120-1200 Masehi) : Ulama fiqhh dan ahli sejarah berbangsa Arab. Beliau telah mengarang hampir dua puluh buah buku dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, di antaranya ialah, “Al-Muntazim Fi Tarikh Al-Umam”.
‏اِبنُ الحَاجِبِ (تُوُفِّيَ 1249 م)‏
‏فَقِيهٌ وَنَحوِيٌّ مِصرِيٌّ، مِن أَئِمَّةِ اللُّغَوِيِّينَ، لَهُ مُؤَلَّفَاتٌ فِي النَّحوِ وَالصَّرفِ وَالعَرُوضِ وَأُصُولِ الفِقهِ.‏
Ibnu al-Hajib (meninggal dunia pada tahun 1249 Masehi) : Ulama fiqh dan pakar nahu bahasa Arab dari Mesir dan tergolong di antara pakar-pakar bahasa. Beliau mempunyai karangan di dalam bidang nahwu, saraf, arudh (mengkaji bentuk-bentuk sajak dan puisi) dan usul fiqh.
‏اِبنُ الرُّومِيِّ (836-896 م)‏
‏شَاعِرٌ، مِن أَعظَمِ شُعَرَاءِ الدَّولَةِ العَبَّاسِيَّةِ، عُرِفَ بِالوَصفِ البَارِعِ وَالهِجَاءِ اللَّاذِعِ.‏
Ibnu ar-Rumi (836-896 Masehi) : Seorang penyair dan tergolong di antara penyair kerajaan Abbasiah Uthmaniah yang terkenal. Sangat terkenal dengan sifat kemahiran dan sindirannya yang pedas.
‏اِبنُ الشَّاطِرِ (تُوُفِّيَ 1375 م)‏
‏أَبُو الحَسَنِ عَلِيٌّ، عَالِمٌ بِالفَلَكِ وَالحِسَابِ، مِن أَهلِ دِمَشق، مِن أَشهَرِ مُؤَلَّفَاتِهِ “الإِسطِرلَابُ. “‏
Ibnu asy-Syatir (meninggal dunia pada tahun 1375 Masehi) : Abu al-Hasan Ali, seorang pakar astronomi dan matematik dari Damaskus. Di antara karangan-karangan beliau yang termasyhur ialah “Al-Istirlab”.
‏اِبنُ الطَّيِّبِ السَّرخَسِيُّ (تُوُفِّيَ 899 م)‏
‏فَيلَسُوفٌ عَرَبِيٌّ، كَانَ غَزِيرَ العِلمِ بِالتَّارِيخِ وَالفَلسَفَةِ وَالسِّيَاسَةِ وَالأَدَبِ وَالفُنُونِ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن أَربَعَةَ عَشَرَ كِتَابًا، مُعَلِّمُ المُعتَضِدِ وَصَدِيقُهُ وَمُستَشَارُهُ.‏
Ibnu at-Taib as-Sarkhasi (meninggal dunia pada tahun 899 Masehi) : Seorang ahli falsafah Arab yang sangat alim dalam bidang sejarah, falsafah, politik, kebudayaan dan kesenian. Beliau telah mengarang lebih dari empat puluh buah buku. Beliau juga merupakan guru, sahabat dan penasihat kepada al-Muktadhad.
‏اِبنُ العَرَبِيِّ (تُوُفِّيَ 1148 م)‏
‏خَاتَمُ عُلَمَاءِ الأَندَلُسِ وَآخِرُ أَئِمَّتِهَا وَحُفَّاظِهَا، لَهُ تَصَانِيفُ كَثِيرَةٌ تَتَنَاوَلُ القُرآنَ وَالسُّنَّةَ مِنهَا “أَحكَامُ القُرآنِ. “‏
Ibnu al-Arabi (meninggal dunia pada tahun 1148 Masehi) : Merupakan ulama, imam dan hafiz Andalusia yang terakhir. Beliau mempunyai banyak karangan yang berkenaan dengan al-Quran dan sunah, di antaranya, “Ahkam Al-Quran”.
‏اِبنُ العَمِيدِ (تُوُفِّيَ 970 م)‏
‏شَاعِرٌ وَأَدِيبٌ بُوَيهِيٌّ، كَانَ وَزِيرًا لِرُكنِ الدَّولَةِ، يُعتَبَرُ مِن أَئِمَّةِ البَيَانِ العَرَبِيِّ.‏
Ibnu al-Amid (meninggal dunia pada tahun 970 Masehi) : Seorang penyair dan sasterawan dari Buwaihi. Beliau merupakan menteri kepada Ruknu ad-Daulah. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang daripada pakar kesenian bahasa Arab.
‏اِبنُ العَوَّامِ (تُوُفِّيَ 1158 م)‏
‏عَالِمُ نَبَاتٍ أَندَلُسِيٌّ، لَهُ كِتَابُ “الفِلَاحَةِ الأَندَلُسِيَّةِ”، وَهُوَ مِن المَرَاجِعِ فِي تَارِيخِ عِلمِ النَّبَاتِ.‏
Ibnu al-Awwam (meninggal dunia pada tahun 1158 Masehi) : Seorang pakar ilmu tumbuhan dari Andalusia. Beliau telah mengarang buku berjudul, “Al-Filahah Al-Andalusiah”, yang menjadi salah satu rujukan di dalam sejarah ilmu tumbuhan.
‏اِبنُ الفَارِضِ (1181-1235 م)‏
‏عُمَرُ بنُ عَلِيِّ بنِ مُرشِدِ بنِ عَلِيٍّ، شَاعِرٌ عَرَبِيٌّ صُوفِيٌّ، اِشتَهَرَ بِمَدَائِحِهِ لِلذَّاتِ الإِلَهِيَّةِ.‏
Ibnu al-Faridh (1181-1235 Masehi) : Umar bin Ali bin Mursyid bin Ali, seorang penyair Arab serta ahli sufi. Beliau sangat terkenal dengan syair-syair yang memuji zat Allah.
‏اِبنُ النَّقِيبِ (1494 م -1563 م)‏
‏طَبِيبٌ عَالِمٌ بِالفَلَكِ وَالحِسَابِ وَالشِّعرِ وَالمُوسِيقَى، كَانَ مَاهِرًا فِي وَضعِ الآلَاتِ الهَندَسِيَّةِ الفَلَكِيَّةِ لِرَصدِ الكَوَاكِبِ.‏
Ibnu al-Naqib (1494-1563 Masehi) : Seorang dokter, pakar dalam bidang astronomi, matematik, syair dan musik. Beliau mempunyai kepandaian mencipta peralatan astronomi untuk meneropong bintang-bintang.
‏اِبنُ اليَاسمِين (تُوُفِّيَ 1204 م)‏
‏كَاتِبٌ رِيَاضِيٌّ، عَالِمٌ بِالحِسَابِ وَالعَدَدِ وَالهَندَسَةِ وَالمَنطِقِ وَالتَّنجِيمِ، لَهُ مُؤَلَّفَاتٌ فِي الجَبرِ وَالمُقَابَلَةِ.‏
Ibnu al-Yasmin (meninggal dunia pada tahun 1204 Masehi) : Seorang penulis dalam bidang matematik. Beliau merupakan pakar dalam matematik, pengiraan, geometri, ilmu mantiq dan kaji bintang. Beliau juga mempunyai karangan-karangan yang berkaitan dengan aljabar dan logaritma.
‏اِبنُ بَاجَه (تُوُفِّيَ 1138 م)‏
‏فَيلَسُوفٌ عَرَبِيٌّ شَهِيرٌ، شَرَحَ مُؤَلَّفَاتِ أَرِسطُو، اِمتَازَ بِمَعَارِفِهِ الطِّبِّيَّةِ وَالفَلَكِيَّةِ وَالمُوسِيِقِيَّةِ.‏
Ibnu Bajah (meninggal dunia pada tahun 1138 Masehi) : Orang barat mengenali beliau dengan nama Ibnu Bajja, seorang ahli falsafah Arab yang termasyhur. Beliau telah menguraikan karangan Aristotles. Beliau juga terkenal dengan pengetahuannya dalam bidang kedoktoran, astronomi dan musik.
‏اِبنُ بَطُوطَةَ (1304-1377 م)‏
‏رَحَّالَةٌ مُسلِمٌ، طَافَ أَنحَاءَ العَالَمِ المَعرُوفِ، اِستَغرَقَت رِحلَاتُهُ الثَّلَاثُ 29 عَامًا، اِمتَازَ بِدِقَّةِ المُلَاحَظَةِ وَأَمَانَةِ الرِّوَايَةِ.‏
Ibnu Batutah (1304 – 1377 Masehi) : Seorang pengembara yang beragama Islam. Beliau telah menjelajah segenap pelosok dunia yang telah dikenali. Ketiga-tiga pengembaraan beliau memakan masa dua puluh sembilan tahun. Beliau juga terkenal dengan pemerhatia yang teliti dan perawi yang amanah.
‏اِبنُ تَيمِيَةَ (1263-1328 م)‏
‏فَقِيهٌ عَرَبِيٌّ، مِن أَئِمَّةِ المَذهَبِ الحَنبَلِيِّ، لُقِّبَ بِ “مُحيِي السُّنَّةِ وَإِمَامِ المُجتَهِدِينَ”، لَهُ أَكثَرُ مِن خَمسِ مُؤَلَّفَاتٍ مِن أَشهَرِهَا كِتَابُ “الفَتَاوَى. “‏
Ibnu Taimiah (1263 – 1328 Masehi) : Seorang pakar dalam hukum (faqih) yang berbangsa Arab, di antara imam kapada mazhab Hambali. Beliau telah digelar dengan, “Penghidup sunah dan imam para mujtahid”. Beliau juga mempunyai lebih dari lima buah karangan, yang terkenalnya ialah, “Al-Fatawa”.
اِبنُ جُبَيرٍ (1145-1217 م)‏
‏رَحَّالَة أَندَلُسِيٌّ، قَامَ بِثَلَاثِ رِحلَاتٍ جَابَ فِيهِم الأَقطَارَ العَرَبِيَّةَ، دَوَّنَ مَا شَاهَدَهُ فِي ثَلَاثِ كُتُبٍ وَلَكِن لَم يَصِلنَا مِنهَا إِلَّا كِتَابُهُ عَن الرِّحلَةِ الأُولَى “رِحلَاتُ اِبنِ جُبَيرٍ”، لَهُ العَدِيدُ مِن المُصَنَّفَاتِ وَلَهُ دِيوَانُ شِعرٍ.‏
Ibnu Jubair (1145 – 1217 Masehi) : Seorang pengembara dari Andalusia. Beliau telah melakukan tiga kali pengembaraan menjelajah dunia Arab dan telah membukukan apa yang disaksikan di dalam tiga buah buku, tetapi hanya sebuah buku yaitu dari pengembaraan pertama beliau saja yang telah sampai kepada kita, iaitu “Rehlah Ibnu Jubair”. Beliau juga mempunyai beberapa buah karangan dan sebuah himpunan (dewan) syair.
‏اِبنُ جَرِيرٍ الطَّبَرِيُّ (تُوُفِّيَ 923 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَمُفَسِّرٌ وَفَقِيهٌ شَافِعِيٌّ، مَن كُتُبِهِ “جَامِعُ البَيَانِ فِي تَفسِيرِ القُرآنِ” المَعرُوفُ ب “تَفسِيرِ الطَّبَرِيِّ. “‏
Ibnu Jarir at-Tobari (meninggal dunia pada tahun 923 Masehi) : Seorang ahli sejarah, pentafsir dan faqih mazhab Syafie. Di antara kitab-kitab beliau ialah, “Jami’ Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran” yang dikenali dengan “Tafsir At-Tobari”.
‏اِبنُ جَزلَةَ (تُوُفِّيَ 1100 م)‏
‏طَبِيبٌ عَرَبِيٌّ نَصرَانِيٌّ أَسلَمَ عَلَى يَدِ أَبِي عَلِيِّ بنِ الوَلِيدِ المَغرِبِيِّ، مِن أَشهَرِ مُؤَلَّفَاتِهِ “كِتَابُ المِنهَاجِ فِي الأَدوِيَةِ المُرَكَّبَةِ”وَ”تَقوِيمُ الأَبدَانِ”، نُقِلَت مُؤَلَّفَاتُهُ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ.‏
Ibnu Jazlah (meninggal dunia pada tahun 1100 Masehi) : Seorang dokter bangsa Arab beragama Kristen yang memeluk Islam melalui Abi Ali bin al-Walid al-Maghribi. Di antara karangan-karangan beliau yang termasyhur ialah “Kitab Al-Minhaj Fi Al-Adwiah Al-Murakabah” dan “Taqwim Al-Abdan”. Karangan-karangan beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
‏اِبنُ جِنِّي (942-1002 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ اللُّغَةِ وَالنَّحوِ العَرَبِيِّ، وَكَانَ شَاعِرًا أَلَّفَ أَكثَرَ مِن خَمسِ كُتُبٍ، مِن أَشهَرِهَا كِتَابُ “الخَصَائِصِ “‏
Ibnu Jinni (942-1002 Masehi) : Salah seorang di antara pakar bahasa dan pakar nahwu bahasa Arab. Beliau merupakan seorang penyair dan telah mengarang lebih dari lima buah buku, di antara yang terkenal ialah, “Al-Khasais”.
‏اِبنُ حَجَرٍ العَسقَلَانِيُّ (تُوُفِّيَ 1449 م)‏
‏مُحَدِّثٌ وَمُؤَرِّخٌ مِصرِيٌّ، مِن أَئِمَّةِ عُلَمَاءِ الحَدِيثِ، مِن آثَارِهِ الكَثِيرَةِ ” فَتحُ البَارِي بِشَرحِ صَحِيحِ البُخَارِي. “‏
Ibnu Hajar al-Asqalani (meninggal dunia pada tahun 1449 Masehi) : Ahli hadis dan ahli sejarah dari Mesir. Beliau adalah di antara imam ulama hadis dan di antara kitab hasil karangan beliau ialah, “Fathu Al-Bari Bi Syarhi Sahih Al-Bukhari”.
‏اِبنُ حَزمٍ (994-1064 م)‏
‏شَاعِرٌ وَفَيلَسُوفٌ وَمُؤَرِّخٌ وَفَقِيهٌ مُسلِمٌ أَندَلُسِيٌّ، قِيلَ إِنَّ مُؤَلَّفَاتِهِ بَلَغَت الأَربَعَمِائَةِ كِتَابٍ، يُعَدُّ كِتَابُهُ “الفَصلُ فِي المِلَلِ وَالأَهوَاءِ وَالنِّحَلِ” أَوَّلَ مُؤَلَّفٍ فِي عِلمِ مُقَارَنَةِ الأَديَانِ.‏
Ibnu Hazmi (994-1064 Masehi) : Seorang penyair, ahli falsafah, ahli sejarah dan seorang faqih yang beragama Islam, berasal dari Andalusia. Dikatakan bahawa buku-buku karangan beliau mencapai empat puluh buah. Buku “Al-Faslu Fi Al-Milal Wa Al-Ahwa’ Wa An-Nihal” dianggap karangan pertama yang membincangkan tentang perbandingan agama.
‏اِبنُ حَوقَلٍ (تُوُفِّيَ 978 م)‏
‏رَحَّالَةٌ وَجُغرَافِيٌّ عَرَبِيٌّ، جَابَ الأَقطَارَ الإِسلَامِيَّةَ، اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “صُورَةُ الأَرضِ. “‏
Ibnu Hauqal (meninggal dunia pada tahun 978 Masehi) : Seorang pengembara dan ahli geografi berbangsa Arab. Beliau telah menjelajahi segenap dunia Islam dan di antara kitab beliau yang terkenal ialah “Suratu Al-Ardh”.
‏اِبنُ خُلدُونَ (1332-1406 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَفَيلَسُوفٌ عَرَبِيٌّ، يُعتَبَرُ مُؤَسِّسَ عِلمِ فَلسَفَةِ التَّارِيخِ وَعِلمِ الاِجتِمَاعِ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ مِن أَشهَرِهَا كِتَابُ “المُقَدِّمَةِ. ” الَّتِي اِحتَوَت عَلَى نَظَرِيَّاتٍ غَيرِ مَسبُوقَةٍ فِي التَّارِيخِ وَالاِجتِمَاعِ.‏
Ibnu Khaldun (1332-1406 Masehi) : Ahli sejarah dan ahli falsafah berbangsa Arab. Beliau dianggap pengasas ilmu falsafah sejarah dan ilmu Sosiologi. Beliau banyak mengarang buku dan yang termasyhur di antaranya ialah, kitab “Al-Muqadimah” yang mengandungi teori-teori yang tidak disebut di dalam kitab-kitab sejarah dan di dalam kitab-kitab ilmu kemasyarakatan.
‏اِبنُ خَلكَانَ (1211-1282 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَكَاتِبُ سِيَرٍ عَرَبِيٌّ، صَاحِبُ المُعجَمِ التَّارِيخِيِّ الشَّهِيرِ “وَفِيَّاتِ الأَعيَانِ وَأَنبَاءِ أَبنَاءِ الزَّمَانِ. “‏
Ibnu Khalkan (1211 – 1282 Masehi) : Ahli sejarah dan penulis autobiografi berbangsa Arab. Pengarang mu’jam sejarah yang terkenal iaitu, “Wafiyat Al-A’yan Wa Amba’ Abna’ Az-Zaman”.
‏اِبنُ رُشدٍ (1126-1198 م)‏
‏فَيلَسُوفٌ عَرَبِيٌّ أَندَلُسِيٌّ، كَانَ عَالِمًا بِالفِقهِ وَالشِّعرِ وَالطِّبِّ وَالرِّيَاضِيَّاتِ وَالفَلَكِ، حَاوَلَ التَّوفِيقَ بَينَ الشَّرِيعَةِ الإِسلَامِيَّةِ وَالفَلسَفَةِ اليُونَانِيَّةِ.‏
Ibnu Rusydi (1126-1198 Masehi) : Ahli filsafah berbangsa Arab dari Andalusia. Beliau merupakan pakar dalam bidang ilmu fiqh, syair, kedoktoran, matematik dan astronomi. Beliau juga telah cuba membuat penyesuaian di antara Syariah Islam dan falsafah Yunani.
‏اِبنُ زَهرٍ (تُوُفِّيَ 1162 م)‏
‏طَبِيبٌ عَرَبِيٌّ أَندَلُسِيٌّ، حَارَبَ الشَّعوَذَةَ وَالخُرَافَاتِ فِي الطِّبِّ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ المُتَخَصِّصَةِ فِي الطِّبِّ وَالَّتِي كَانَت لَهَا أَهَمِّيَّةٌ كُبرَى حَتَّى نِهَايَةِ القَرنِ السَّابِعَ عَشَرَ.‏
Ibnu Zahru (meninggal dunia pada tahun 1162 Masehi) : Seorang dokter berbangsa Arab dari Andalusia. Beliau mencoba mengelakkan perobatan secara sihir dan perkara-perkara karut. Beliau juga banyak mengarang buku-buku perobatan yang banyak memainkan peranan penting hingga akhir kurun ketujuh belas.
‏اِبنُ زَيدُونَ (1004-1071 م)‏
‏وَزِيرٌ أَندَلُسِيٌّ، كَاتِبٌ وَشَاعِرٌ كَانَ يُسَمَّى بِبُحتُرِي المَغرِبِ حَيثُ اِمتَازَ أُسلُوبُهُ بِالرِّقَّةِ وَالعُذُوبَةِ وَحُسنِ التَّشبِيهِ.‏
Ibnu Zaidun (1004 – 1071 Masehi) : Menteri Andalusia, penulis dan penyair yang dinamakan dengan, “Buhturi di Barat”, di mana gaya bahasa beliau termasyhur dengan kelembutan, indah didengar dan perumpamaan yang indah.
‏اِبنُ سَعدٍ الزَّهرِيُّ (784-845 م)‏
‏مُحَدِّثٌ وَمُؤَرِّخٌ مُسلِمٌ، صَاحِبُ كِتَابِ “الطَّبَقَاتِ الكُبرَى” فِي طَبَقَاتِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ.‏
Ibnu Sa’du az-Zahri (784 – 845 Masehi) : Ahli hadis dan ahli sejarah beragama Islam, pengarang kitab “Al-Tabaqat Al-Kubra” yang membincangkan tentang peringkat-peringkat sahabat dan tabiin.
‏اِبنُ سِيرِينَ (تُوُفِّيَ 729 م)‏
‏إِمَامُ وَقتِهِ فِي عُلُومِ الدِّينِ، اِشتَهَرَ بِالوَرَعِ وَتَفسِيرِ الرُّؤيَا، مِن كُتُبِهِ “تَعبِيرُ الرُّؤيَا” فِي تَفسِيرِ الأَحلَامِ.‏
Ibnu Sirin (meninggal dunia pada tahun 729 Masehi) : Seorang imam di dalam ilmu-ilmu agama pada zaman beliau yang terkenal dengan kewarakan dan tafsir mimpi. Di antara karangan-karangan beliau ialah “Ta’bir Ar-Rukya” yang membicarakan tentang tafsir mimpi.
‏اِبنُ سِينَا (980-1037 م)‏
‏مِن أَكبَرِ الأَطِبَّاءِ وَالفَلَاسِفَةِ فِي تَارِيخِ الإِسلَامِ، تَجَاوَزَت مُصَنَّفَاتُهُ المِائَةَ، مِن أَشهَرِهَا كِتَابُ “القَانُون” فِي الطِّبِّ وَ “الشِّفَاءُ” فِي الفَلسَفَةِ.‏
Ibnu Sina (980-1037 Masehi) : Salah seorang di antara dokter-dokter dan ahli-ahli filsafat yang terkemuka di dalam sejarah Islam. Karangan-karangan beliau melebihi seratus buah buku, di antara karangannya yang termasyhur ialah buku “Al-Qanun” dalam bidang kedoktoran dan “Al-Shifa’” dalam bidang falsafah.
‏اِبنُ طُفَيلٍ (1100-1185 م)‏
‏عَالِمٌ مَوسُوعِيٌّ أَندَلُسِيٌّ، كَانَ طَبِيبًا وَفَيلَسُوفًا وَفَلَكِيًّا وَشَاعِرًا، لَهُ قِصَّةُ “حَيِّ بنِ يَقظَانَ” وَالَّتِي حَاوَلَ فِيهَا التَّوفِيقَ بَينَ الفَلسَفَةِ وَالدِّينِ.‏
Ibnu Tufail (1100-1185 Masehi) : Seorang pakar ensiklopedia dari Andalusia, dokter, ahli filsafat, ahli astronomi dan penyair. Beliau telah menulis kisah “Hayyu bin Yaqzan” di mana melaluinya beliau coba membuat penyesuaian di antara falsafah dan agama.
‏اِبنُ عِذَارِيٍّ (تُوُفِّيَ 1320 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ عَرَبِيٌّ مَغرِبِيٌّ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ، لَكِنَّهُ اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “البَيَانُ المُغرٍبُ فِي أَخبَارِ مُلُوكِ الأَندَلُسِ وَالمَغرِبِ. “‏
Ibnu Izari (meninggal dunia pada tahun 1320 Masehi) : Ahli sejarah berbangsa Arab yang tinggal di Morocco (Maghribi). Beliau telah banyak mengarang buku tetapi lebih terkenal melalui bukunya “Al-Bayan Al-Mugharrab Fi Akhbar Muluk Al-Andalus Wa Al-Maghrib”.
‏اِبنُ عَسَاكِرَ (1105-1175 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ الحَدِيثِ فِي عَصرِهِ، مُؤَرِّخٌ عَرَبِيٌّ، كَانَ مَشهُورًا بِلَقَبِ “الحَافِظِ بنِ عَسَاكِرَ”، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ مِن أَهَمِّهَا “تَارِيخُ دِمَشقَ الكَبِيرِ.”‏
Ibnu Asakir (1105-1175 Masehi) : Salah seorang pakar hadis pada zaman beliau dan juga ahli sejarah berbangsa Arab yang terkenal dengan panggilan “Al-Hafiz bin Asakir”. Beliau banyak mengarang buku dan di antara yang terkenalnya ialah “Tarikh Dimasyq Al-Kabir”.
‏اِبنُ عَقِيلٍ (1298-1367 م)‏
‏نَحوِيٌّ مِصرِيٌّ، مِن أَئِمَّةِ النُّحَاةِ، أَشهَرُ مُؤَلَّفَاتِهِ “شَرحُ أَلفِيَّةِ اِبنِ مَالِكٍ “‏
Ibnu Aqil (1298-1367 Masehi) : Ahli nahwu dari Mesir dan salah seorang di antara pakar-pakar nahwu bahasa Arab. Karangan beliau yang paling termasyhur ialah, “Syarhu Alfiah Ibnu Malik”.
‏اِبنُ قَيِّم الجَوزِيَّة (تُوُفِّيَ 1350 م)‏
‏فَقِيهٌ حَنبَلِيٌّ دِمَشقِيٌّ، قَاوَمَ الفَلَاسِفَةَ، مُؤَلَّفَاتُهُ كَثِيرَةٌ وَمِنهَا “مَدَارِجُ السَّالِكِينَ. “‏
Ibnu Qayyim al-Jauziah (meninggal dunia pada tahun 1350 Masehi) : Seorang yang faqih dalam mazhab Hambali dari Damsyik, yang menentang dan mengkritik metodologi ahli falsafah. Karangan-karangan beliau adalah banyak, di antaranya “Madarij As-Salikin”.
اِبنُ كَثِيرٍ (1300-1372 م)‏
‏حَافِظٌ وَمُؤَرِّخٌ فَقِيهٌ دِمَشقِيٌّ، صَنَّفَ أَكثَرَ مِن أَحَدَ عَشَرَ كِتَابًا، أَغلَبُ تِلكَ الكُتُبِ مُكَوَّنَةٌ مِن عَدَدٍ مِن الأَجزَاءِ، مِن أَشهَرِ كُتُبِهِ “البِدَايَةُ وَالنِّهَايَةُ” وَ “تَفسِيرُ القُرآنِ العَظِيمِ” مِن أَربَعَةِ أَجزَاءَ.‏
Ibnu Katsir (1300- 1327 Masehi) : Seorang hafiz (penghafaz hadis), ahli sejarah dan seorang yang fakih dari Damaskus. Beliau telah mengarang lebih dari sebelas buah buku dan kebanyakannya terdiri dari beberapa juz. Di antara buku-buku beliau yang termasyhur ialah, “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” dan “Tafsir Al-Quran Al-Azim” dalam empat jilid.
‏اِبنُ مَاجِدٍ (تُوُفِّيَ 1498 م)‏
‏بَحَّارٌ وَمَلَّاحٌ عَرَبِيٌّ، قَادَ فَاسكُو دَا جَامَا مِن سَوَاحِلِ إِفرِيقيَا الشَّرقِيَّةِ إِلَى سَوَاحِلِ الهِندِ، تَرَكَ نَحوَ عِشرِينَ مُؤَلَّفًا فِي عِلمِ الإِبحَارِ.‏
Ibnu Majid (meninggal dunia pada tahun 1498 Masehi) : Nakoda kapal serta jurumudi berbangsa Arab, yang mengemudikan kapal Vasco da Gama ketika belayar dari persisiran pantai Afrika Timur hingga ke persisiran pantai India. Beliau menghasilkan lebih kurang 20 karangan tentang ilmu yang berkaitan dengan perkapalan (mengembara melalui lautan).
‏اِبنُ مَالِكٍ (1204-1274 م)‏
‏لُغَوِيٌّ أَندَلُسِيٌّ مَشهُورٌ، كَانَ إِمَامًا فِي القِرَاءَاتِ وَالنَّحوِ، نَظَمَ العَدِيدَ مِن القَصَائِدِ مِن أَشهَرِهَا القَصِيدَةُ المَعرُوفَةُ بِاسمِ “أَلفِيَّةِ بنِ مَالِكٍ” حَيثُ لَخَّصَ فِيهَا قَوَاعِدَ النَّحوِ العَرَبِيَّةَ فِي أَلفِ بَيتٍ.‏
Ibnu Malik (1204 – 1274 Masehi) : Pakar bahasa yang termasyhur berasal dari Andalusia. Beliau pernah menjadi pakar rujukan di dalam ilmu qiraat dan nahwu. Beliau telah menyusun beberapa antologi syair di mana yang termasyhurnya ialah antologi yang terkenal dengan nama “Alfiah bin Malik”. Antologi tersebut memuatkan sebanyak seribu bait ringkasan kaedah bahasa Arab.

Gimana Sob???
Ada yg pernah kenal dg salah satu diantara Mereka????

13 komentar:

Abdul Hafizh mengatakan...

Semoga mereka isa menjadi panutan kita yah sob di zaman sekarang ini ..**
Visit me back yah.. ada artikel baru lho ... ( Hehe .. promosi ;)

~Srex~ mengatakan...

wah..ini...dia...info menarik, lumayan buat menambah wawasan
eh, omong2 ilmu Aljabar itu juga diciptakan oleh orang Arab ya mas...?

Sungai Awan mengatakan...

Mak nyus kawan.trims uda di share.ijin aku copy dan kusimpan di hard disk ya

Uswah mengatakan...

Para tokoh islam yang banyk berjasa terutama hadis untuk generasi islam mendatang.thx

TUKANG COLONG mengatakan...

hm..jadi tahu sekarang..makasi udah berbagi ya sobat.:)

Dedi S. ed Daudy mengatakan...

semoga akan lahir tokoh-tokoh islam penerus mereka... amien...

akhatam mengatakan...

Wah semuanya sangat Hebat!!!! Salut dan Luar Biasa!!

Girant_31 mengatakan...

@ For All

Terimakasih semuanya..
Semoga Bermanfaat..
Terimakasih atas kunjungan dan koment nya..

Nikmatnya Hidup mengatakan...

orang orang islam yang hebat hebat...... mantapppp semoga bisa ketularan kehebatannya

Anonim mengatakan...

Bagus ne infonya, tanks Girant_31

Unknown mengatakan...

nice

Unknown mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Unknown mengatakan...

semoga generasi akhir zaman ini dapat meneruskan perjuangan tokoh2 ini, amin....:)

Posting Komentar

 

Followers

New Comments




Nu_Imuts © 2010 Girant_Black Music is Designed by Girant_31 Supported by Qeu's 2006