Senin, 17 Mei 2010

Biografi Singkat Para Tokoh-Tokoh Islam Part 2


Melanjutkan yg kemarin..
Ternyat sangat banyak sekali Toko Islam yg mungkin sobat belum pd tau..
Hingga mungkin, sebagian besar dari mereka tidak ane share di sini..


اِبنُ مَنظُورٍ (1232-1311 م)‏
‏لُغَوِيٍّ مِصرِيٌّ، وَضَعَ مُعجَمًا ضَخمًا دَعَاهُ “لِسَانَ العَرَبِ”، كَانَ مُغرَمًا بِتَلخِيصِ الكُتُبِ الكَبِيرَةِ بِحَيثُ تَدُلُّ عَلَى أُصُولِهَا وَتَكَادُ تَتَغَنَّى بِهَا، لَخَّصَ أَكثَرَ مِن أَحَدَ عَشَرَ كِتَابًا.‏
Ibnu Manzur (1232 – 1311 Masehi) : Pakar bahasa yang berasal dari Mesir. Beliau adalah pengarang mu’jam (kamus) yang sangat besar bernama “Lisan Al-Arab” [Dialek Arab] – Kamus Lengkap Bahasa Arab. Beliau sangat suka mengarang kitab-kitab yang besar, jika diperhatikan kepada isi kandungan dan maksud kitab tersebut. Beliau pernah mengarang lebih dari sebelas buah kitab.
‏اِبنُ يُونُسَ (تُوُفِّيَ 1009 م)‏
‏فَلَكِيٌّ مِصرِيٌّ، مِن أَكبَرِ عُلَمَاءِ الفَلَكِ العَرَبِ، اِبتَدَعَ العَدِيدَ مِن القَوَانِينَ وَالمُعَادَلَاتِ الَّتِي كَانَ لَهَا أَكبَرُ الأَثَرِ فِي اِكتِشَافِ اللُّوغَارِيتمات، اِختَرَعَ بَندُولَ السَّاعَةِ. تُرجِمَت بَعضُ كُتُبِهِ إِلَى الفِرِنسِيَّةِ، وَعُنِيَ بِمُؤَلَّفَاتِهِ فَلَكِيُّو الصِّينِ.‏
Ibnu Yunus (meninggal dunia pada tahun 1009 Masehi) : Seorang ahli astronomi yang berasal dari Mesir, yang juga merupakan di antara pakar-pakar astronomi berbangsa Arab yang terkenal. Beliau telah menciptakan berbagai hukum (kaedah) dan persamaan yang sangat memberi kesan terhadap penemuan logaritma. Beliau juga telah mencipta bandul jam. Sesetengah buku-buku beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan di antara karangan-karangan tersebut juga telah mendapat perhatian para ahli astronomi dari China.
‏الأَصمَعِيُّ (740-831 م)‏
‏رَاوِيَةُ العَرَبِ وَأَحَدُ أَئِمَّةِ العِلمِ فِيهِم، لُغَوِيٌّ عَرَبِيٌّ شَهِيرٌ، مُعَلِّمُ الخَلِيفَةِ الأَمِينِ، صَنَّفَ أَكثَرَ مِن خَمسَةَ عَشَرَ كِتَابًا مِن أَهَمِّهَا “الأَصمَعِيَّاتُ” فِي رِوَايَةِ أَشعَارِ العَرَبِ.‏
Al-Asma’ie (740-831 Masehi) : Seorang perawi dan di antara salah seorang alim ulama Arab. Pakar bahasa Arab yang termasyhur dan guru kepada Khalifah al-Amin. Beliau telah mengarang lebih dari lima belas buah buku, antara yang terpentingnya ialah, “Al-Asma’iyyat” yang menghimpunkan syair-syair berbahasa Arab.
‏الإِمَامُ أَبُو حَنِيفَةَ النُّعمَان (699-767 م)‏
‏مِن أَعظَمِ فُقَهَاءِ الإِسلَامِ، كَانَ فَقِيهَ العِرَاقِ، صَاحِبُ المَذهَبِ الحَنَفِيِّ أَحَدِ المَذَاهِبِ الفِقهِيَّةِ الأَربَعَةِ.‏
Imam Abu Hanifah an-Nu’man (699-767 Masehi) : Salah seorang dari ulama fiqh Islam yang terkenal dan merupakan penasehat agama di Iraq. Pengasas mazhab Hanafi, salah satu dari empat mazhab fiqh.
‏الإِمَامُ أَحمَدُ بنُ حَنبَلٍ (ت 780-855 م)‏
‏مِن أَعظَمِ فُقَهَاءِ الإِسلَامِ، إِمَامُ أَهلِ الحَدِيثِ فِي عَصرِهِ، صَاحِبُ المَذهَبِ الحَنبَلِيِّ، أَحَدِ المَذَاهِبِ الفِقهِيَّةِ الأَربَعَةِ.‏
Imam Ahmad bin Hambal (780-855 Masehi) : Salah seorang dari ulama fiqhh Islam yang terkenal dan merupakan ketua ahli hadis pada zaman beliau. Pengasas mazhab Hambali, iaitu salah satu dari empat mazhab fiqh.
‏الإِمَامُ الأَوزَاعِيُّ (تُوُفِّيَ 707-774 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ الفِقهِ الإِسلَامِيِّ، لَهُ مَذهَب فِقهِيٌّ مَعرُوفٌ كَانَ مُنتَشِرًا فِي بِلَادِ الشَّامِ، إِمَامُ الدِّيَارِ الشَّامِيَّةِ فِي الفِقهِ وَالزُّهدِ، مِن أَكَابِرِ المُحَدِّثِينَ.‏
Imam Al-Auza’ie (707-774 Masehi) : Salah seorang daripada ulama fiqh Islam. Pengasas mazhab fiqh yang diketahui tersebar di negeri Syam. Orang yang paling alim dalam bidang fiqh di Syam dan terkenal dengan kezuhudan dan beliau juga tergolong dari kalangan ulama muhaddisin yang terkenal.
‏الإِمَامُ الشَّافِعِيُّ (767-819 م)‏
‏أَحَدُ الأَئِمَّةِ اَلأَربَعَةِ الكِبَارِ، لَازَمَ الإِمَامَ مَالِكًا فِي المَدِينَةِ وَدَرَسَ عَلَيهِ، يُنسَبُ إِلَيهِ المَذهَبُ الشَّافِعِيُّ أَحَدُ المَذَاهِبِ الفِقهِيَّةِ الأَربَعَةِ، لَهُ العَدِيدُ مِن المُصَنَّفَاتِ وَمِن آثَارِهِ كِتَابُ “الأُمِّ. “‏
Imam asy-Syafi’i (767-819 Masehi) : Salah seorang dari empat orang imam Ahli Sunnah yang terkenal. Beliau selalu mengunjungi Imam Malik di Madinah dan belajar daripadanya. Mazhab Syafie dinisbahkan kepada beliau, di mana Mazhab tersebut adalah salah satu dari empat mazhab fiqh. Beliau mempunyai beberapa karangan dan di antara yang paling terkenal ialah, kitabnya “Al-Umm”.
‏الإِمَامُ مَالِكُ بنُ أَنَسٍ (712-795 م)‏
‏يُنسَبُ إِلَيهِ المَذهَبُ المَالِكِيُّ، أَحَدُ المَذَاهِبِ الفِقهِيَّةِ الأَربَعَةِ، مِن آثَارِهِ “المُوَطَّأُ”، أَوَّلُ كِتَابٍ ظَهَرَ فِي الفِقهِ الإِسلَامِيِّ.‏
Imam Malik bin Anas (712-795 Masehi) : Pengasas mazhab Maliki, salah satu dari empat mazhab fiqh. Di antara karangan beliau ialah, “Al-Muwattak”, kitab pertama yang dikeluarkan di dalam fiqh Islam.
‏الاِصطَخرِيُّ (تُوُفِّيَ 957 م)‏
‏رَحَّالَة مُسلِمٌ، مِن عُلَمَاءِ الجُغرَافِيَا المَشهُورِينَ، طَافَ بِلَادَ العَرَبِ وَبَعضَ بِلَادِ الهِندِ، اِستَعَانَ بِمُؤَلَّفَاتِ أَبِي زَيدٍ البَلخِيِّ فِي الجُغرَافِيَا، تُرجِمَت أَعمَالُهُ إِلَى كَثِيرٍ مِن اللُّغَاتِ.‏
Al-Istakhri (meninggal dunia pada tahun 957 Masehi) : Seorang pengembara beragama Islam dan salah seorang pakar geografi yang termasyhur. Beliau telah mengembara ke negeri-negeri Arab dan sebagian dari India. Buku-buku geografi karangan Abu Zaid al-Balkhi merupakan rujukan beliau. Hasil-hasil karangan beliau pula telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa.
‏البَتَّانِيُّ (858-929 م)‏
‏أَبُو عَبدِ اللَّهِ مُحَمَّدٌ، عَالِمُ فَلَكٍ عَرَبِيٌّ، حَدَّدَ طُولَ الفُصُولِ بِدِقَّةٍ، اِشتَهَرَ بِكِتَابِهِ “الزِّيج. “‏
Al-Battani (858-929 Masehi) : Abu Abdullah Muhammad, seorang pakar astronomi berbangsa Arab. Beliau telah menentukan tempo masa setiap musim dengan terperinci dan terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Az-Zij”.
‏البُحتُرِيُّ (820-897 م)‏
‏شَاعِرٌ عَرَبِيٌّ عَبَّاسِيٌّ، كَانَ شَاعِرَ المُتَوَكِّلِ، عُرِفَ بِحُسنِ الدِّيبَاجَةِ وَبَرَعَ فِي وَصفِ الطَّبِيعَةِ.‏
Al-Buhturi (820-897 Masehi) : Seorang penyair berbangsa Arab di zaman pemerintahan Abbasiah. Beliau merupakan penyairnya Al-Mutawakkil dan terkenal dengan kata-kata pengantar yang indah dan mahir menggambarkan alam.
‏البُخَارِيُّ (810-870 م)‏
‏عَالِمٌ مُسلِمٌ، مِن كِبَارِ المُحَدِّثِينَ، وَيُعَدُّ كِتَابُهُ “صَحِيحُ البُخَارِيِّ” أَعظَمَ وَأَصَحَّ كُتُبِ الحَدِيثِ عَلَى الإِطلَاقِ.‏
Al-Bukhari (810 – 870 Masehi) : Seorang Ulama Islam. Di antara ahli hadis yang terkenal dan kitab beliau “Sahih Al-Bukhari” dianggap kitab hadis yang paling unggul dan paling sahih.
‏البُوصِيرِيُّ (1213- 1297 م)‏
‏شَاعِرٌ مِصرِيٌّ، اِشتَهَرَ بِقَصَائِدِهِ الَّتِي يَمتَدِحُ فِيهَا الرَّسُولَ (صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ) كَقَصِيدَةِ “البُردَة”، كَانَ مُحَدِّثًا وَخَطَّاطًا مَاهِرًا.‏
Al-Busairi (1213 – 1297 Masehi) : Seorang penyair dari Mesir, terkenal dengan qasidah-qasidah memuji Rasulullah s.a.w seperti qasidah “Al-Burdah”. Beliau adalah seorang ahli hadis penulis khat yang mahir.
‏البَيضَاوِيُّ (تُوُفِّيَ 1286 م)‏
‏أَحَدُ مُفَسِّرِي القُرآنِ، صَنَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ الَّتِي تَتَنَاوَلُ عُلُومَ الدِّينِ مِن أَهَمِّهَا “أَنوَارُ التَّنزِيلِ وَأَسرَارُ التَّأوِيلِ” الَّذِي يَحتَلُّ مَكَانَةً عَظِيمَةً عِندَ أَهلِ السُّنَّةِ.‏
Al-Baidhawi (meninggal dunia pada tahun 1286 Masehi) : Salah seorang pentafsir al-Quran dan banyak mengarang buku-buku berkenaan ilmu agama. Di antara buku yang terkenal ialah, “Anwar At-Tanzil Wa Asrar At-takwil”. Beliau mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi ahli Sunnah.
‏التِّرمِذِيُّ (تُوُفِّيَ 892 م)‏
‏مُحَدِّثٌ مُسلِمٌ، مِن كِبَارِ عُلَمَاءِ الحَدِيثِ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ، يُعَدُّ كِتَابُهُ “الجَامِعُ الصَّحِيحُ” مِن أَصَحِّ كُتُبِ الحَدِيثِ السِّتَّةِ.‏
At-Tirmizi (meninggal dunia pada tahun 892 Masehi) : Seorang ahli hadis dan ulama hadis yang terkenal. Beliau telah mengarang beberapa buah buku dan kitab beliau “Al-Jami’ As-Sahih” adalah salah satu di antara enam buah kitab hadis yang besar.
‏الثَّعلَبِيُّ (تُوُفِّيَ 1046 م)‏
‏أَحمَدُ بنُ مُحَمَّدِ بنِ إِبرَاهِيمَ النَّيسَابُورِيُّ، مِن أَئِمَّةِ المُفَسِّرِينَ وَالمُؤَرِّخِينَ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن خَمسِ كُتُبٍ، مِن كُتُبِهِ “العَرَائِسُ فِي قِصَصِ الأَنبِيَاءِ. “‏
Ath-Tha’labi (meninggal dunia pada tahun 1046 Masehi) : Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim An-Naisaburi, di antara ulama pentafsir dan ahli, sejarah yang terkenal. Beliau telah mengarang lebih dari lima buah buku, di antaranya “Al-Arais Fi Qasas Al-Ambia’”.
‏الجَاحِظُ (775-868 م)‏
‏أَدِيبٌ عَبَّاسِيٌّ عَرَبِيٌّ، عُرِفَ بِالظُّرفِ وَالسُّخرِيَةِ البَارِعَةِ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن مِائَتَي كِتَابٍ، مِن أَشهَرِ مُؤَلَّفَاتِهِ “البُخَلَاءُ. “‏
Al-Jahiz (775-868 Masehi) : Seorang sastrawan berbangsa Arab di zaman pemerintahan Abbasiah. Sangat terkenal dengan kebolehan dan kemahiran beliau dalam bidang jenaka dan sindiran. Beliau telah mengarang lebih dari dua ratus buah buku dan di antara yang termasyhurnya ialah “Al-Bukhala’”.
الحَرِيرِيُّ (1054-1122 م)‏
‏أَدِيبٌ وَكَاتِبٌ وَشَاعِرٌ عَرَبِيٌّ، أَشهَرُ مُؤَلَّفَاتِهِ “المَقَامَاتُ. “‏
Al-Hariri (1054-1122 Masehi) : Sasterawan, penulis dan penyair berbangsa Arab. Di antara karangan- karangan beliau yang termasyhur ialah “Al-Maqamat”.
‏الحَسَنُ البَصرِيُّ (642-728 م)‏
‏فَقِيهٌ مُسلِمٌ،إِمَامُ أَهلِ البَصرَةِ، وَحَبرُ الأُمَّةِ فِي زَمَنِهِ، مِن كِبَارِ عُلَمَاءِ الحَدِيثِ وَالكَلَامِ، مَذهَبُهُ يَقُومُ عَلَى التَّصَوُّفِ وَالزُّهدِ.‏
Al-Hasan Al-Basri (642-728 Masehi) : Seorang Islam yang sangat faqih dan pemerintah Basrah. Beliau adalah seorang yang sangat alim pada zamannya malah beliau adalah salah seorang dari ulama-ulama hadis dan teologi (tauhid) yang terkemuka. Mazhabnya banyak menitikberatkan soal-soal tasawuf dan kezuhudan.
‏الحَسَنُ بنُ الهَيثَمِ (965-1040 م)‏
‏مُهَندِسٌ فَلَكِيٌّ وَرِيَاضِيٌّ مُسلِمٌ، أَعظَمُ فِيزيَائِيٍّ فِي العَالَمِ العَرَبِيِّ وَالقُرُونِ الوُسطَى، رَائِدُ عِلمِ البَصَرِيَّاتِ، أَفَادَ العُلَمَاءُ مِن تَصَانِيفِهِ، لَهُ مُؤَلَّفَاتٌ كَثِيرَةٌ فِي تِلكَ العُلُومِ مِن أَشهَرِهَا كِتَابُ “المَنَاظِرِ” فِي البَصَرِيَّاتِ.‏
Al-Hasan bin Al-Haitham (965-1040 Masehi) : Orang-orang barat mengenali beliau dengan nama al-Hazim, seorang ahli falak, ahli astronomi dan ahli matematik beragama Islam. Beliau adalah ahli fisika berbangsa Arab yang terkemuka di sekitar negara-negara Arab pada abad pertengahan. Beliau juga seorang saintis di bidang optik. Saintis-saintis banyak merujuk kepada buku-buku karangan beliau malah buku-buku karangannya dalam bidang tersebut sangat banyak seperti yang termasyhurnya ialah kitab: “Al-Manazir” di bidang sains optik.
‏الخَازِنِيُّ (تُوُفِّيَ 1155 م)‏
‏فَلَكِيٌّ مُهَندِسٌ مُسلِمٌ، مِن آثَارِهِ “مِيزَانُ الحِكمَةِ” الَّذِي تُرجِمَ إِلَى العَدِيدِ مِن اللُّغَاتِ.‏
Al-Khazini (meninggal dunia pada tahun 1155 Masehi) : Seorang ahli astronomi dan ahli falak Islam. Beliau telah mengarang beberapa buah buku, terutamanya buku “Mizan Al-Hikmah” [Neraca Hikmat] yang diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa.
‏الخَطِيبُ البَغدَادِيُّ (1002-1071 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَمُحَدِّثٌ بَغدَادِيٌّ، لَهُ أَكثَرُ مِن تِسعِ مُصَنَّفَاتٍ، مِن أَشهَرِ كُتُبِهِ “تَارِيخُ بَغدَادَ” فِي أَربَعَةَ عَشَرَ مُجَلَّدًا.‏
Al-Khatib Al-Baghdadi (1002-1071 Masehi) : Seorang ahli sejarah dan ulama Hadis yang berasal dari Baghdad. beliau telah menulis lebih dari sembilan buah buku, di antara yang termasyhurnya ialah buku “Tarikh Baghdad” [Sejarah Baghdad] dalam empat belas jilid.
‏الخَلِيلُ بنُ أَحمَدَ (تُوُفِّيَ 791 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ اللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ، وَاضِعُ عِلمِ العَرُوضِ، أَلَّفَ أَوَّلَ مُعجَمٍ أَبجَدِيٍّ عَرَبِيٍّ.‏
Al-Khalil bin Ahmad (meninggal dunia pada tahun 791 Masehi) : Salah seorang pakar bahasa Arab dan pengasas ilmu Arudh. Beliau adalah pengarang mu’jam abjad Arab (AL Ain) yang pertama.
‏الدَّارَ قُطنِيُّ (تُوُفِّي995 م)‏
‏مُحَدِّثٌ مِن أَهلِ بَغدَادَ، إِمَامُ الحَدِيثِ فِي عَصرِهِ وَكَانَ عَالِمًا فِي النَّحوِ وَالقِرَاءَاتِ أَلَّفَ حَوَالَي أَربَعَةِ كُتُبٍ مِن أَشهَرِ تَصَانِيفِهِ “السُّنَنُ “‏
Ad-Daruqutni (meninggal dunia pada tahun 995 Masehi) : Seorang muhaddis yang berasal dari Baghdad. Beliau juga seorang ulama hadis pada zamannya dan seorang yang alim dalam masalah nahwu dan qiraat. Beliau telah mengarang lebih kurang empat buah buku, di antara yang termasyhurnya ialah buku “As-Sunan” salah sebuah bukunya yang besar.
‏الدَّارِمِيُّ (تُوُفِّيَ 869 م)‏
‏مِن أَعلَامِ المُحَدِّثِينَ، مِن تَلَامِيذِهِ الإِمَامُ مُسلِمٌ وَأَبُو دَاوُدَ وَاَلتِّرمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ، تَوَلَّى قَضَاءَ سَمَرقَندَ لِفَترَةٍ، كِتَابُهُ “سُنَنُ الدَّارِمِيِّ” مِن أَصَحِّ كُتُبِ الحَدِيثِ.‏
Ad-Darimi (meninggal dunia pada tahun 869 Masehi) : Salah seorang muhaddis yang terkemuka. Di antara murid-muridnya ialah Imam Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasa’ie. Beliau pernah menjadi pemerintah Samarkand. Kitabnya “Sunan Ad-Darimi” adalah termasuk di dalam enam buah kitab hadis yang terkemuka.
‏الزَّمَخشَرِيُّ (1075-1144 م)‏
‏أَحَدُ أَئِمَّةِ اللُّغَةِ وَالنَّحوِ وَالتَّفسِيرِ فِي تَارِيخِ الإِسلَامِ، صَنَّفَ أَكثَرَ مِن عَشرِ كُتُبٍ مِن أَشهَرِهَا “الكَشَّافُ” فِي تَفسِيرِ القُرآنِ.‏
Az-Zamakhsyari (1075-1144 Masehi) : Salah seorang dari pakar bahasa, nahwu dan tafsir di dalam sejarah Islam. Beliau telah mengarang lebih dari sepuluh buah kitab, di antara yang termasyhurnya ialah kitab tafsir al-Quran yang bernama “Al-Kasyaf”.
‏الشَّيبَانِيُّ (تُوُفِّيَ 821 م)‏
‏لُغَوِيٌّ كُوفِيٌّ وَعَالِمٌ بِلَهَجَاتِ العَرَبِ، لَهُ العَدِيدُ مِن الكُتُبِ الَّتِي عَوَّلَ عَلَيهَا عُلَمَاءُ مَذهَبِ الحَنَفِيَّةِ شَرحًا وَتَعلِيقًا.‏
Asy-Syaibani (meninggal dunia pada tahun 821 Masehi) : Seorang pakar bahasa dari pusat pengajian Kufi (Kufah). Beliau telah mengarang beberapa buah kitab yang menjadi panduan ulama-ulama mazhab Hanafi.
‏الشَّيخُ عَلِيُّ يُوسُفُ (1863-1913 م)‏
‏صَحَفِيٌّ مِصرِيٌّ، أَنشَأَ عِدَّةَ مَجَلَّاتٍ ذَاتَ تَأثِيرٍ سِيَاسِيٍّ كَبِيرٍ، عُرِفَ بِ”شَيخِ الصَّحَافَةِ الإِسلَامِيَّةِ. “‏
Ali Yusuf (1863-1913 Masehi) : Seorang wartawan Mesir. Beliau mengasaskan beberapa buah majalah politik yang mempunyai pengaruh besar sehingga beliau digelar sebagai “Tokoh Wartawan Islam”.
‏الشَّيخُ مُحَمَّد عَبدُهُ (1849-1905 م)‏
‏سِيَاسِيٌّ مِصرِيٌّ، مِن عُلَمَاءِ المُسلِمِينَ الدَّاعِينَ إِلَى التَّجدِيدِ وَالإِصلَاحِ، عَمِلَ مَفتِيًا لِلدِّيَارِ المِصرِيَّةِ، وَاشتَغَلَ بِالتَّدرِيسِ وَالتَّألِيفِ.‏
Muhammad Abduh (1849-1905 Masehi) : Seorang ahli politik Mesir. Beliau adalah salah seorang dari ulama-ulama Islam yang menyeru ke arah reformasi dan renovasi. Beliau pernah menjadi mufti Mesir serta senantiasa mengajar dan mengarang.
‏الصَّاحِبُ بنُ عَبَّادٍ (938-995 م)‏
‏أَدِيبٌ وَلُغَوِيٌّ وَشَاعِرٌ، مِن كِبَارِ الوُزَرَاءِ البُوَيهِيِّينَ، مِن كُتُبِهِ “المُحِيطُ” وَهُوَ مُعجَمٌ لُغَوِيٌّ فِي سَبعَةِ مُجَلَّدَاتٍ.‏
As-Sahib bin Abbad (938-995 Masehi) : Seorang sastrawan, ahli bahasa dan penyair yang terkemuka. Beliau adalah salah seorang menteri Buwaihi yang memegang jabatan penting. Beliau telah mengarang beberapa buah kitab, di antaranya ialah kamus bahasa yang bernama “Al-Muhit” dalam tujuh jilid.
‏الفَرَّاءُ (761-822 م)‏
‏إِمَامُ الكُوفِيِّينَ فِي النَّحوِ وَأَعلَمُهُم بِاللُّغَةِ وَفُنُونِ الأَدَبِ، صَنَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ مِنهَا كِتَابُ “مَعَانِي القُرآنِ. “‏
Al-Farra’ (761-822 Masehi) : Salah seorang pakar nahwu di pusat pengajian Kufi (Kufah) malah beliau adalah orang yang paling mahir di antara mereka tentang bahasa dan kesenian kesusasteraan pada masa tersebut. Beliau telah mengarang beberapa buah buku, di antaranya buku “Ma’ani Al-Quran” [Pengertian al-Quran].
‏الفَرَزدَقُ (تُوُفِّيَ 729 م)‏
‏شَاعِرٌ عَرَبِيٌّ أُمَوِيٌّ، اِشتَهَرَ أُسلُوبُهُ بِالهِجَاءِ اللَّاذِعِ، نَشَأَ بَينَهُ وَبَينَ خَصمَيهِ جَرِير وَالأَخطَلِ مَعرَكَةُ الهِجَاءِ حَتَّى عُرِفُوا بِالمُثَلَّثِ الأُمَوِيِّ.‏
Al-Farazdaq (meninggal dunia pada tahun 729 Masehi) : Penyair Arab dari kerajaan Umaiyyah. Gayanya masyhur dengan sindiran yang pedas. Beliau pernah mengambil bahagian di dalam melawan dua orang penyair terkenal Jarir dan al-Akhtal sehingga mereka terkenal dengan gelaran “Tiga penjuru kerajaan Umaiyyah”.
‏الفَيرُوزآبَادِيُّ (1329-1415 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ اللُّغَةِ وَالأَدَبِ، وَلِيَ قَضَاءَ زُبَيدَ، أَشهَرُ آثَارِهِ “القَامُوسُ المُحِيطُ. “‏
Al-Fairuzabadi (1329-1415 Masehi) : Salah seorang pakar bahasa dan sastrawan yang terkemuka dan beliau pernah menjadi pemerintah Zabid. Beliau banyak menulis buku-buku, di antara yang termasyhurnya ialah “Al-Qamus Al-Muhit” [Kamus Muhit].
‏الكِسَائِيُّ (تُوُفِّيَ 805 م)‏
‏نَحوِيٌّ كُوفِيٌّ، أَحَدُ القُرَّاءِ السَّبعَةِ، مُؤَدِّبُ الرَّشِيدِ وَالأَمِينِ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن عِشرِينَ كِتَابًا فِي النَّحوِ وَالقِرَاءَةِ.‏
Al-Kisa’ie (meninggal dunia pada tahun 805 Masehi) : Seorang ahli nahwu dari pusat pengajian Kufi (Kufah). Beliau adalah salah seorang dari tujuh orang yang membaca al-Quran dalam bentuk yang berbeda tetapi benar. Beliau adalah gurunya Khalifah Harun ar-Rasyid dan Khalifah al-Ma’mun. Beliau telah mengarang lebih dari dua puluh buah kitab tentang nahu bahasa Arab dan bentuk bacaan al-Quran.
‏الكِندِيُّ (796-873 م)‏
‏مِن كِبَارِ فَلَاسِفَةِ العَرَبِ، عُنِيَ بِالرِّيَاضِيَّاتِ وَالمَنطِقِ وَالعُلُومِ الطَّبِيعِيَّةِ وَالفَلَكِ وَالمُوسِيقَى وَالفَلسَفَةِ، لَهُ كُتُبٌ كَثِيرَةٌ فِي شَتَّى فُرُوعِ المَعرِفَةِ.‏
Al-Kindi (796 – 873 Masehi) : Salah seorang dari ahli filsafat Arab yang terkemuka. Beliau dikenali dengan minatnya terhadap ilmu matematik, mantiq, sains fisika, astronomi, musik dan falsafah. Beliau telah mengarang beberapa buah kitab di dalam pelbagai bidang ilmu.
‏المَاتُرِيدِيُّ (توفي 944 م)‏
‏فَقِيهٌ حَنَفِيٌّ، مِن أَئِمَّةِ عِلمِ التَّوحِيدِ وَالتَّفسِيرِ وَأُصُولِ الفِقهِ، تُنسَبُ إِلَيهِ المَدرَسَةُ المَاتُرِيدِيَّةُ فِي عِلمِ الكَلَامِ لَهُ أَكثَرُ مِن سَبعِ مُؤَلَّفَاتٍ.‏
Al-Matiridi (meninggal dunia pada tahun 944 Masehi) : Seorang yang faqih di dalam mazhab Hanafi. Beliau adalah salah seorang dari pakar-pakar ilmu tauhid, tafsir dan usul fiqh. Beliau merupakan pengasas sekolah khusus dalam bidang tauhid “Sekolah Al-Maturidiah” dan beliau telah mengarang lebih dari tujuh buah buku.
‏المُبَرٍّدُ (826-898 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ النَّحوِ بِالبَصرَةِ، أَحَدُ الأَئِمَّةِ فِي الأَدَبِ وَالأَخبَارِ، أَلَّفَ أَكثَرَ مِن سَبعِ كُتُبٍ أَهَمُّ مُؤَلَّفَاتِهِ “الكَامِلُ. “‏
Al-Mubarrad (826-898 Masehi) : Salah seorang dari pakar-pakar nahwu dari pusat pengajian Basrah. Beliau adalah salah seorang pakar di dalam sastra Arab. Beliau telah mengarang lebih da
ri tujuh buah buku, di antara yang terpentingnya ialah “Al-Kamil” [Yang Lengkap].
المُقرِيُّ (تُوُفِّيَ 1631 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ مِن أَهلِ تِلِمسَانَ، تُوُفِّيَ بِمِصرَ، مِن مُؤَلَّفَاتِهِ الكَثِيرَةِ “نَفحُ الطِّيبِ مِن غُصنِ الأَندَلُسِ الرَّطِيبِ. “‏
Al-Muqarri (meninggal dunia pada tahun 1631 Masehi) : Seorang ahli sejarah yang berasal dari Tilmisan tetapi meninggal dunia di Mesir. Beliau telah mengarang beberapa buah buku dan yang terpentingnya ialah “Nafhu At-Tayyibi Min Ghusni Al-Andalusi Al-Ratibi”.
‏المَقرِيزِيُّ (1364-1441 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ مِصرِيٌّ، وُلِدَ بِالقَاهِرَةِ وَتَوَلَّى القَضَاءَ فِيهَا، مِن أَهَمِّ كُتُبِهِ “النُّقُودُ الإِسلَامِيَّةُ القَدِيمَةُ”، تَرجَمَ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ.‏
Al-Maqrizi (1364-1441 Masehi) : Seorang ahli sejarah Mesir yang dilahirkan di Cairo dan menjadi pemerintah di sana. Beliau telah mengarang beberapa buah buku, yang terpentingnya ialah buku “An-Nuqud Al-Islamiah Al-Qadimah” (Mata uang Lama Islam) yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
‏النَّسَائِيُّ (تُوُفِّيَ 915 م)‏
‏أَحَدُ الأَئِمَّةِ الحُفَّاظِ، شَافِعِيُّ المَذهَبِ، يُعَدُّ كِتَابُهُ “السُّنَنُ الكُبرَى” مِن كُتُبِ الحَدِيثِ المُعتَمَدَةِ.‏
Al-Nasa’ie (meninggal dunia pada tahun 915 Masehi) : Salah seorang dari penghafal hadis terkemuka dari mazhab Syafie yang berasal dari Khurasan. Kitabnya “As-Sunan Al-Kubra” [Sunan Yang Besar] adalah terdiri dari enam buah kitab hadis yang menjadi rujukan terpercaya.
‏النَّفرِيُّ (تُوُفِّيَ 965 م)‏
‏صُوفِيٌّ عِرَاقِيٌّ، اِشتَهَرَ بِكِتَابَيهِ “المَوَاقِفِ” وَ”المُخَاطَبَاتِ” فِي التَّصَوُّفِ.‏
Al-Nafri (meninggal dunia pada tahun 965 Masehi) : Seorang penulis Sufi Iraq yang terkenal dengan dua buah kitabnya “Al-Mawaqif” dan “Al-Mukhatabat” tentang tasawuf.
‏الوَاقِدِيُّ (747-822 م)‏
‏مِن أَقدَمِ المُؤَرِّخِينَ فِي الإِسلَامِ، كَانَ قَاضِيًا عَلَى بَغدَادَ، مِن مُؤَلَّفَاتِهِ “فَتحُ إِفرِيقِيَّةَ. “‏
Al-Waqidi (meninggal dunia pada tahun 747-822 Masehi) : Salah seorang dari pakar sejarah yang terkemuka di dalam sejarah Islam. Beliau pernah menjadi pemerintah di Baghdad. Di antara buku yang telah beliau karang ialah “Fathu Afriqiah” [Pembukaan Afrika].
‏بَدِيعُ الزَّمَانِ الهَمَذَانِيُّ (تُوُفِّيَ 1007 م)‏
‏كَاتِبٌ وَشَاعِرٌ عَرَبِيٌّ، مُؤَسِّسُ فَنِّ المَقَامَاتِ فِي الأَدَبِ العَرَبِيِّ، اِشتَهَرَ بِمَدحِ الأُمَرَاءِ وَالوُزَرَاءِ.‏
Badi’ az-Zaman al-Hamazani (698-1007 Masehi) : Seorang penulis dan penyair berbangsa Arab. Beliau merupakan pengasas kesenian berkutbah atau pengucapan dalam kebudayaan Arab dan sangat termasyhur dengan pujian terhadap para pemerintah dan menteri.
‏جَابِرُ بنُ حَيَّان (تُوُفِّيَ 815 م)‏
‏فَيلَسُوفٌ وَكِيميَائِيٌّ مُسلِمٌ، يُعتَبَرُ “أَبَا الكِيميَاءِ العَرَبِيَّةِ”، لَهُ مِئَاتُ المُؤَلَّفَاتِ فِي الكِيميَاءِ، تُرجِمَ مُعظَمُهَا إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ وَاعتَمَدَ عَلَيهَا عُلَمَاءُ الغَربِ.‏
Jabir bin Hayyan (meninggal dunia pada tahun 815 Masehi) : Seorang ahli filsafat dan ahli kimia yang beragama Islam. Beliau dianggap “Bapak kimia Arab”. Beliau mempunyai beratus-ratus karang dalam bidang kimia, kebanyakannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin serta diakui oleh para saintis barat.
‏جَرِيرٌ (653-733 م)‏
‏شَاعِرٌ عَرَبِيٌّ أُمَوِيٌّ، اِشتَهَرَ بِهِجَاءِ خَصمَيهِ الأَخطَلِ وَالفَرَزدَقِ، حَتَّى عُرِفُوا ب “المُثَلَّثِ الأُمَوِيِّ “‏
Jarir (653-733 Masehi) : Seorang penyair berbangsa Arab yang hidup di zaman pemerintahan Umaiyyah. Beliau sangat terkenal dengan syair celaan ketika melawan dua orang penyair terkenal, Al-Akhtal dan Al-Farazdaq, sehingga mereka terkenal dengan gelaran, “Tiga penjuru kerajaan Umaiyyah”.
‏جَلَالُ الدِّينِ السُّيُوطِيُّ (1445-1505 م)‏
‏عَالِمٌ مِصرِيٌّ مَوسُوعِيٌّ، لَهُ نَحوُ 600 مُصَنَّفٍ فِي الفِقهِ وَالتَّفسِيرِ وَالحَدِيثِ وَاللُّغَةِ وَالتَّارِيخِ.‏
Jalaluddin as-Sayuti (1445-1505 Masehi) : Seorang pakar ensiklopedia dari Mesir. Beliau mempunyai kira-kira 600 buah buku dalam bidang fiqh, tafsir, hadis, bahasa dan sejarah.
‏جَمَالُ الدِّينِ الأَفغَانِيُّ (1838-1897 م)‏
‏مُحَمَّدُ بنُ صَفدَرٍ الحُسَينِيُّ، فَيلَسُوفٌ مُسلِمٌ، جَالَ فِي الشَّرقِ وَالغَربِ دَاعِيًا إِلَى الوَحدَةِ الإِسلَامِيَّةِ، أَنشَأَ جَرِيدَةَ “العُروَةِ الوُثقَى”، كَانَ عَارِفًا بِاللُّغَاتِ العَرَبِيَّةِ وَالفَارِسِيَّةِ وَالسِّنسِكرِيتِيَّةِ وَالتُّركِيَةِ وَتَعَلَّمَ الفَرَنسِيَّةَ وَالإِنجِلِيزِيَّةَ وَالرُّوسِيَّةَ. لَهُ “تَارِيخُ الأَفغَانِ” وَ “رِسَالَةٌ فِي الرَّدِّ عَلَى الدَّهرِيِّينَ” تَرجَمَهُمَا إِلَى العَرَبِيَّةِ، تِلمِيذُهُ الشَّيخُ مُحَمَّد عَبدُهُ.‏
Jamaluddin al-Afghani (1838-1897 Masehi) : Beliau adalah Muhammad bin Safdar al-Husaini. Seorang ahli filsafat beragama Islam. Beliau telah menjelajah ke timur dan barat untuk menyeru ke arah perpaduan Islam. Beliau telah mengasaskan akhbar “Al-Urwah Al-Wuthsqa”. Beliau mahir dalam bahasa Arab, Fersi, Sanskrit, Turki dan pernah belajar bahasa Perancis, Inggeris dan Rusia. Beliau mempunyai buku “Tarikh Al-Afghan” dan “Risalah Fi Ar-Raddi Ala Ad-Dahriyyin”. Kedua-duanya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh murid beliau, Syeikh Muhammad Abduh.
‏حَافِظُ إِبرَاهِيم (1872-1932 م)‏
‏شَاعِرٌ مِصرِيٌّ، يُعتَبَرُ أَحَدَ أَبرَزِ شُعَرَاءِ العَرَبِيَّةِ فِي العَصرِ الحَدِيثِ، لُقِّبَ بِشَاعِرِ النِّيلِ.‏
Hafiz Ibrahim (1872-1932 Masehi) : Seorang penyair dari Mesir, salah seorang di antara penyair dalam bahasa Arab yang terkemuka di zaman modern. Terkenal dengan gelaran “Penyair Sungai Nil”.
‏حَسَّانُ بنُ ثَابِتٍ (تُوُفِّيَ 674 م)‏
‏شَاعِرٌ عَرَبِيٌّ مُخَضرَمٌ، كَانَ يَهجُو مَن يَهجُو الرَّسُولَ وَالإِسلَامَ وَلِذَلِكَ يُعتَبَرُ شَاعِرَ الرَّسُولِ.‏
Hassan bin Thabit (meninggal dunia pada tahun 674 Masehi) : Seorang penyair berbangsa Arab yang hidup dua zaman (Jahiliah dan Islam). Beliau mencela sesiapa yang mencela Rasulullah dan agama Islam, oleh itu beliau dianggap penyair Rasulullah s.a.w.
‏رِفَاعَةُ الطَّهطَاوِيُّ (1801-1873 م)‏
‏رِفَاعَةُ رَافِعُ بنُ بَدَوِيٍّ بنِ عَلِيٍّ الطَّهطَاوِيُّ، عَالِمٌ وَصَحَفِيٌّ مِصرِيٌّ، يُعتَبَرُ مِن رُوَّادِ النَّهضَةِ الفِكرِيَّةِ الحَدِيثَةِ فِي مِصرَ، أَنشَأَ جَرِيدَةَ الوَقَائِعِ المِصرِيَّةَ، أَلَّفَ وَتَرجَمَ عَن الفَرَنسِيَّةِ كُتُبًا كَثِيرَةً.‏
Rifa’ah At-Tahtawi (1801-1873 Masehi) : Beliau adalah Rifa’ah Rafi’ bin Badawi bin Ali At-Tahtawi, seorang yang alim dan seorang wartawan yang berasal dari Mesir. Beliau dianggap sebagai salah seorang daripada pelopor kebangkitan pemikiran modern di Mesir. Beliau adalah pengasas akhbar “Al-Waqa’ik Al-Misriyah” [Akhbar Mesir]. Beliau banyak mengarang buku serta menterjemah buku dari bahasa Perancis.
‏زِريَابٌ (تُوُفِّيَ 845 م)‏
‏نَابِغَة مُوسِيقِيٌّ وَشَاعِرٌ، عَارِفٌ بِأَحوَالِ المُلُوكِ وَسِيَرِ الخُلَفَاءِ وَنَوَادِرِ العُلَمَاءِ، هُوَ الَّذِي جَعَلَ فِي العُودِ خَمسَةَ أَوتَارٍ وَهُوَ أَوَّلُ مَن اِستَخدَمَ الكُورَس فِي الغِنَاءِ.‏
Ziryab (meninggal dunia pada tahun 845 Masehi) : Seorang ahli musik dan penyair yang pintar. Beliau sangat peka terhadap hal ihwal Raja-raja, sirah-sirah Khalifah dan ulama-ulama anekdot (ulama yang mempunyai kisah pendek). Beliaulah pencetus ide memasang lima utas tali pada kecapi (gambus) dan beliaulah orang pertama yang menggunakan korus di dalam nyanyian.
‏زَكَرِيَّا القَزوِينِيُّ (1208-1283 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ جُغرَافِيٌّ مُسلِمٌ، لَهُ مُصَنَّفَاتٌ فِي عِلمِ الطَّبِيعَةِ وَنَشأَةِ الكَونِ وَالسِّيَاسَةِ وَالتَّارِيخِ.‏
Zakaria Al-Qazwini (1208-1283 Masehi) : Ahli sejarah dan geografi Islam. Beliau banyak mengarang buku-buku yang berkaitan dengan ilmu fisika, ilmu kosmologi (ilmu yang berkaitan dengan pembentukan alam), politik dan sejarah.
‏سِيبَوَيهِ (تُوُفِّيَ 797 م)‏
‏عَالِمٌ نَحوِيٌّ فَارِسِيٌّ، يُعَدُّ مِن أَكبَرِ عُلَمَاءِ النَّحوِ العَرَبِيِّ، وَضَعَ كِتَابًا فِي النَّحوِ يُعرَفُ بِاسمِ (كِتَابِ سِيبَوَيهِ).‏
Sibawaih (meninggal dunia pada tahun 797 Masehi) : Seorang ulama nahwu yang berasal dari Fersi. Beliau adalah salah seorang dari ulama-ulama nahwu Arab yang terkemuka. Beliau telah mengarang kitab nahwu yang dikenali dengan nama “Kitab SiBawaih”.
‏شَمسُ الدِّينِ المَقدِسِيُّ (تُوفِّيَ 990 م)‏
‏جُغرَافِيٌّ وَرَحَّالَة عَرَبِيٌّ، خَاتِمَةُ الجُغرَافِيِّينَ الكِبَارِ، صَاحِبُ “أَحسَنِ التَّقَاسِيمِ فِي مَعرِفَةِ الأَقَالِيمِ. “‏
Syamsuddin Al-Maqdisi (meninggal dunia pada tahun 990 Masehi) : Seorang ahli geografi dan penjelajah Arab. Beliau merupakan orang terakhir dari kalangan ahli-ahli geografi yang terkemuka. Beliau telah mengarang buku “Ahsan At-Taqasim Fi Ma’rifah Al-Aqalim” [Buku Terbaik Untuk Mengetahui Negara].
‏شِهَابُ الدِّينِ الأَلُوسِيُّ (1802-1854 م)‏
‏أَدِيبٌ وَعَالِمُ تَفسِيرٍ عَرَبِيٌّ، صَاحِبُ “رُوحِ المَعَانِي” فِي تَفسِيرِ القُرآنِ الكَرِيمِ.‏
Shihabuddin Al-Alusi (1802-1854 Masehi) : Seorang sastrawan dan ulama tafsir Arab. Beliau telah mengarang kitab “Ruh Al-Ma’ani” tentang tafsir al-Quran.
‏صَفِيُّ الدِّينِ الحِلِّيُّ (1277-1349 م)‏
‏شَاعِرٌ عِرَاقِيٌّ مِن الكِبَارِ، لَهُ دِيوَانُ “دُرَرُ النُّحُورِ”، وَفِيهِ 29 قَصِيدَةً كُلٌّ مِنهَا 29 بَيتًا، تَبدَأُ أَبيَاتُ كُلِّ قَصِيدَةٍ وَتَنتَهِي بِحَرفٍ مِن الحُرُوفِ الهِجَائِيَّةِ المُسَلسَلَةِ.‏
Safiuddin Al-Hiliy (1277-1349 Masehi) : Seorang penyair Iraq yang terkemuka. Beliau telah mengarang beberapa buah himpunan (dewan) syair di antaranya ialah Dewan “Durar An-Nuhur” [Kalung Berlian] yang terdiri dari 29 qasidah. Setiap qasidah mengandung 29 bait syair dan bait syair setiap qasidah tersebut bermula dan berakhir mengikut abjad secara tersusun.
‏عَبَّاسُ بنُ فِرنَاسُ (تُوُفِّيَ 887 م)‏
‏مُختَرِعٌ عَرَبِيٌّ أَندَلُسِيٌّ، أَدخَلَ المُوسِيقَى الشَّرقِيَّةَ إِلَى الأَندَلُسِ، اِستَنبَطَ اَلزُّجَاجَ مِن الحِجَارَةِ، صَنَعَ آلَةً لِحِسَابِ الزَّمَنِ، أَوَّلُ مَن قَامَ بِمُحَاوَلَةٍ لِلطَّيَرَانِ بِرِدَاءٍ مِن رِيشٍ.‏
Abbas bin Firnas (meninggal dunia pada tahun 887 Masehi) : Seorang pencipta Arab yang berasal dari Andalusia. Beliau telah memperkenalkan musik timur di Andalusia. Beliau menghasilkan kaca dari batu dan mencipta mesin untuk menghitung waktu. Beliau adalah orang pertama yang mencoba terbang memakai bulu burung.
عَبَّاس مَحمُود العَقَّاد (1889-1964 م)‏
‏نَاقِدٌ وَصَحَافِيٌّ وَشَاعِرٌ مِصرِيٌّ، مِن المُجَدِّدِينَ، لَهُ سِلسِلَةُ سِيَرِ أَعلَامِ الإِسلَامِ، وَمِنهَا “عَبقَرِيَّةُ مُحَمَّدٍ”، “عَبقَرِيَّةُ عُمَرَ. “‏
Abbas Mahmud Al-Aqqad (1889-1964 Masehi) : Seorang pengulas, wartawan dan penyair Mesir. Beliau adalah terdiri dari orang-orang yang membuat pembaharuan. Beliau telah mengarang buku “Siar A’lam Al-Islam” [Perangkaan Biografi Umat Islam Yang Terkemuka], “Abqariyyah Muhammad” [Kebijaksanaan Muhammad] dan “Abqariyyah Umar” [Kebijaksanaan Umar].
‏عَبدُ الرَّحمَنِ الجَبَرتِي (1754-1822 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ مِصرِيٌّ، أَشهَرُ مَن أَرَّخَ لِلحَملَةِ الفَرَنسِيَّةِ عَلَى مِصرَ (1798 م)، تُرجِمَت كُتُبُهُ إِلَى الفَرَنسِيَّةِ.‏
Abdul Rahman Al-Jabarti (1754-1822 Masehi) : Seorang ahli sejarah Mesir yang sangat dikenali dengan catatannya tentang peristiwa Perancis menyerang Mesir pada (1798). Buku-bukunya diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis.
‏عَبدُ الرَّحمَنِ الكَوَاكِبِيُّ (1849-1902 م)‏
‏صَحَافِيٌّ وَأَدِيبٌ سُورِيٌّ، اِشتَهَرَ بِتَحَرُّرِهِ وَدَعوَتِهِ إِلَى النَّهضَةِ وَالإِصلَاحِ.‏
Abdul Rahman Al-Kawakibi (1849-1902 Masehi) : Seorang wartawan dan sastrawan Syria yang sangat dikenali dengan sikap keterbukaan serta seruannya ke arah kesadaran dan perubahan.
‏عَبدُ المَلِكِ بنُ هِشَامٍ (تُوُفِّيَ 828 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ مُسلِمٌ عَرَبِيٌّ، أَدِيبٌ ، رَاوِيَةٌ لِلأَشعَارِ، عَالِمٌ بِالأَنسَابِ وَاللُّغَةِ وَالنَّحوِ وَالأَخبَارِ،، صَاحِبُ كِتَابِ “السِّيرَةِ النَّبَوِيَّةِ” المَعرُوفِ بِ “سِيرَةِ اِبنِ هِشَامٍ. “‏
Abdul Malik bin Hisyam (meninggal dunia pada tahun 828 Masehi) : Seorang Islam dari bangsa Arab yang merupakan ahli sejarah, sastrawan, pendeklamasi syair serta seorang yang alim tentang nasab, bahasa dan nahwu bahasa Arab. Beliau telah mengarang buku “As-Sirah An-Nabawiyyah” [Sirah Nabi] yang dikenali dengan “Sirah Ibnu Hisyam”.
‏عِزُّ الدِّينِ بنُ الأَثِيرِ (1160-1233 م)‏
‏إِمَامٌ فِي الحَدِيثِ، وَمُؤَرِّخٌ عَرَبِيٌّ كَبِيرٌ، أَلَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ وَمِن آثَارِهِ “الكَامِلُ” فِي التَّارِيخِ.‏
Izuddin bin Al-Athir (1160-1233 Masehi) : Seorang ulama hadis dan ahli sejarah Arab yang terkemuka. Beliau telah mengarang beberapa buah buku, di antaranya ialah buku sejarah yang bernama:”Al-Kamil” [Yang Lengkap].
‏عَلِيُّ مُبَارَك (1823-1893 م)‏
‏عَالِمٌ مِصرِيٌّ، أَحَدُ أَركَانِ النَّهضَةِ العِلمِيَّةِ فِي مِصرَ، عَمِلَ عَلَى إِنشَاءِ المَطبَعَةِ العَرَبِيَّةِ، وَدَارِ العُلُومِ.‏
Ali Mubarak (1823-1893 Masehi) : Seorang pakar dari Mesir dan salah seorang daripada pakar-pakar terkemuka yang mengasaskan gerakan saintifik di Mesir. Beliau telah berusaha menubumhkan pusat percetakan Arab dan Darul Ulum.
‏عِمَادُ الدِّينِ الكَاتِبُ (العِمَادُ الأَصفَهَانِيُّ) (1125-1200 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ مِن أَكَابِرِ الكُتَّابِ، لَازَمَ صَلَاحَ الدِّينِ الأَيُّوبِيَّ وَأَرَّخَ لِأَخبَارِهِ وَحُرُوبِهِ.‏
Imaduddin Al-Katib [Al-Imad Al-Asfahani] (1125-1200 Masehi) : Seorang ahli sejarah dan salah seorang dari penulis-penulis terkemuka. Beliau senantiasa mengiringi Salahuddin dan mencatat sejarahnya serta sejarah peperangannya.
‏فَخرُ الدِّينِ الرَّازِي (1150-1209 م)‏
‏إِمَامٌ مُفَسِّرٌ وَفَيلَسُوفٌ وَطَبِيبٌ ، مِن أَشهَرِ مُفَسِّرِي القُرآنِ، لَهُ عَشَرَاتُ المُؤَلَّفَاتِ بِالعَرَبِيَّةِ وَالفَارِسِيَّةِ، أَهَمُّهَا “مَفَاتِيحُ الغَيبِ” فِي تَفسِيرِ القُرآنِ.‏
Fakhruddin Ar-Razi (1150-1209 Masehi) : Seorang Imam, ahli filsafat dan seorang doktor. Beliau adalah seorang pentafsir al-Quran yang terkemuka. Beliau telah mengarang beberapa buah kitab di dalam bahasa Arab dan Fersi, di antara yang terpentingnya ialah kitab tafsir “Mafatih Al-Ghaib” [Kunci Perkara Yang Ghaib].
‏كَعبُ بنُ زُهَيرٍ (تُوُفِّيَ 647 م)‏
‏مِن شُعَرَاءِ صَدرِ الإِسلَامِ، هَجَا النَّبِيَّ، ثُمَّ أَعلَنَ إِسلَامَهُ وَأَنشَأَ قَصِيدَتَهُ اللَّامِيَّةَ فِي مَدِيحِ النَّبِيِّ.‏
Kaab bin Zuhair (meninggal dunia pada tahun 647 Masehi) : Salah seorang dari penyair zaman kebangkitan Islam. Pada zaman tersebut beliau banyak menghina Nabi tetapi setelah beliau memeluk Islam beliau mencipta syairnya “Al-Lamiah” yang banyak memuji Nabi.
‏مُحَمَّدُ بنُ أَحمَدَ الخُوَارِزمِيُّ (تُوُفِّيَ 997 م)‏
‏عَالِمٌ وَبَاحِثٌ خُرَاسَانِيٌّ مُسلِمٌ، أَوَّلُ مَن أَلَّفَ مَوسُوعَةً بِالعَرَبِيَّةِ أَسمَاهَا “مَفَاتِيحَ العُلُومِ. “‏
Muhammad bin Ahmad Al-Khawarizmi (meninggal dunia pada tahun 997 Masehi) : Seorang saintis Islam dan penyelidik yang berasal dari Khurasan. Beliau adalah orang yang pertama mengarang ensiklopedia di dalam bahasa Arab yang dinamakan dengan “Mafatih Al-UIum” [Kunci Pengetahuan].
‏مُحَمَّدُ بنُ إِسحَاقَ (تُوُفِّيَ 768 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ عَرَبِيٌّ، مِن حُفَّاظِ الحَدِيثِ وَكَانَ مِن أَحسَنِ النَّاسِ سَوقًا لِلأَخبَارِ، صَاحِبُ كِتَابِ “السِّيرَةِ النَّبَوِيَّةِ” المَعرُوفِ ب “سِيرَةِ اِبنِ إِسحَاقَ. “‏
Muhammad bin Ishak (meninggal dunia pada tahun 768 Masehi) : Seorang ahli sejarah Arab, salah seorang dari penghafal hadis dan beliau adalah perawi terbaik pada masa tersebut. Beliau telah mengarang kitab “As-Sirah An-Nabawiyyah” [Sirah Nabi] yang dikenali dengan “Sirah Ibnu Ishak”.
‏مُحَمَّدُ بنُ مُوسَى الخُوَارِزمِيُّ (780-850 م)‏
‏يُنعَتُ بِالأُستَاذِ، عَالِمٌ رِيَاضِيٌّ فَلَكِيٌّ جُغرَافِيٌّ مُؤَرِّخٌ عَرَبِيٌّ، يُعتَبَرُ وَاضِعَ عِلمِ الجَبرِ، لَهُ العَدِيدُ مِن الكُتُبِ المُتَرجَمَةِ إِلَى اللَّاتِينِيَّةِ.‏
Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi (780-850 Masehi) : Beliau digelar sebagai [Profesor]. Beliau adalah ahli matematika, astronomi, geografi dan sejarah Arab. Beliau dianggap sebagai pengasas aljabar. Beliau telah mengarang beberapa buah buku tentang bidang-bidang di atas termasuk sains seterusnya beliau menterjemahkannya pula ke bahasa Latin.
‏مَحمُود سَامِي البَارُودِي (1840-1904 م)‏
‏شَاعِرٌ مِصرِيٌّ كَبِيرٌ، اِمتَازَ شِعرُهُ بِالسُّهُولَةِ وَالبَلَاغَةِ، مِن أَركَانِ النَّهضَةِ الشِّعرِيَّةِ فِي الوَطَنِ العَرَبِيِّ.‏
Mahmud Sami Al-Barudi (1840-1904 Masehi) : Seorang penyair terkemuka Mesir. Syairnya berbentuk mudah dan fasih (balaghah). Beliau adalah salah seorang penyumbang syair terkemuka ke dalam gerakan perkembangan syair di negara-negara Arab.
‏نَصرُ بنُ عَاصِم (تُوُفِّيَ 708 م)‏
‏فَقِيهٌ وَنَحوِيٌّ عَرَبِيٌّ، مِن أَوَائِلِ وَاضِعِي النَّحوِ العَرَبِيِّ، وَأَوَّلُ مَن نَقَّطَ المَصَاحِفَ.‏
Nasr bin Asim (meninggal dunia pada tahun 807 Masehi) : Seorang yang faqih dan ahli nahwu Arab. Beliau dianggap sebagai salah seorang dari pakar-pakar bahasa yang mula-mula menggariskan nahwu bahasa Arab dan orang pertama yang meletakkan titik pada ayat-ayat al-Quran.
‏نُصَيرُ الدِّينِ الطُّوسِيُّ (1201-1274 م)‏
‏عَالِمٌ فَلَكِيٌّ وَرِيَاضِيٌّ مُسلِمٌ، صَنَّفَ العَدِيدَ مِن الكُتُبِ بِالعَرَبِيَّةِ وَالفَارِسِيَّةِ.‏
Nusair Ad-Din At-Tausi (1201 – 1274 Masehi) : Seorang ahli astronomi dan ahli matematik Islam. Beliau telah mengarang beberapa buah buku tentang matematik, astronomi dan agama dalam bahasa Arab dan Farsi sehingga beliau dianggap sebagai tokoh untuk kedua kebudayaan Arab dan Fersi.
‏وَاصِلُ بنُ عَطَاء (تُوُفِّيَ 748 م)‏
‏يُنسَبُ لَهُ مَذهَبُ المُعتَزِلَةِ، لَهُ الفَضلُ فِي الرَّدِّ عَلَى اليَهُودِ وَالنَّصَارَى وَالآرَاءِ المُخَالِفَةِ لِلإِسلَامِ، لَهُ عِدَّةُ تَصَانِيفَ.‏
Wasil bin Atta’ (meninggal dunia pada tahun 748 Masehi) : Mazhab Muktazilah dinisbahkan kepada beliau. Beliau mempunyai kelebihan di dalam menyangkal orang-orang Yahudi, Nasrani (Kristian) dan pandangan-pandangan yang bertentangan dengan Islam. Beliau telah mengarang beberapa buah buku.
‏يَاقُوتُ الحَمَوِيُّ (1179-1229 م)‏
‏مُؤَرِّخٌ وَجُغرَافِيٌّ، عَاشَ فِي حَلَب، مِن أَشهَرِ مُؤَلَّفَاتِهِ “مُعجَمُ البُلدَانِ. “‏
Yaqut Al-Hamawi (1178-1229 Masehi) : Seorang ahli sejarah dan ahli geografi. Beliau tinggal di Halab. Beliau telah mengarang beberapa buah buku, di antara buku yang termasyhurnya ialah “Mu’jam Al-Buldan” [Kamus Kenegaraan].

18 komentar:

ariefborneo mengatakan...

Mantap artikelx mas...!!!thnxs
Good luck

penghuni60 mengatakan...

nambah pengetahuan lg, mksh sob, BTW nulis arabnya gimana tuh, ajarin donk.... kok aku blm bs ya?

♥ria♥ mengatakan...

banyak yah para tokoh islam
hebat mereka ^___^

Skydrugz mengatakan...

saya mau nanya...

kenpa mesti ada tulisan arabnya? :D

TUKANG COLONG mengatakan...

part 3 ada? ditunggu ya..:)

~Srex~ mengatakan...

sip...siiipp...mas..nambah lagi kazanah pengetahuan sejarah tokoh2 cendekiawan neh...tengkyu....

TUKIRAN mengatakan...

wooow,,,saluut deh,,,buanyak juga ya...tokohnya...bisa diceritakan ni sama sikecil...

Girant_31 mengatakan...

@ Skydrugz
Biar CoPas dr sumber nya gampang mas..
ga dipilah2 dulu gtu.. hehehehehehehehe..

Girant_31 mengatakan...

@ penghuni60
Insya Allah triknya akan ane publikasikan di Blog Girant_31 Secepatnya mas..

Girant_31 mengatakan...

@ TUKANG COLONG
Kebetulan Tokoh2 Islam di Part 3 msh pd hidup mas.. ya Termasuk ane neh.. wkwkwkwkwkwk...

Girant_31 mengatakan...

@ For All..
Terimakasih bt semuanya..

tomo mengatakan...

makasih sharenya

uswah mengatakan...

bermanfaat sekali

harto mengatakan...

memang banyak sekali tokoh2 agama Islam, namun tidak semuanya kita kenal & hafal betul. dengan membaca biografi yang singkat ini minimal kita jadi tau & menambah khazanah pengetahuan saya.
trims atas infonya, sukses selalu n tetap semangat

Sang Cerpenis bercerita mengatakan...

blog dancing here

richoyul mengatakan...

aku bisa menambahkan namaku di salah satu deretan itu ga yah nantinya :)

Girant_31 mengatakan...

@ for All
Terimakasih banyak bt semuanya..

Mohon maaf ane ga bs bersilaturrahmi balik ke blog sobat semuanya..
dikarenakan. . . . . . . . . . . . .

Mohon pengertianya dr sobat semua..
Terimakasih atas konsistensinya bt semuanya..

Anonim mengatakan...

Masya Allah, hebatnya bisa bahasa arab dan sekaligus bisa nerjemahin bahasa yang rumit dan asing ini. terima kasih banyak ya ustadz. Tapi ana akan lebih senang lagi dan ana ucapkan terima kasih beribu-ribu terima kasih jika jika dituliskan maqamat al hariry berikut terjamahannya, karena ana sama sekali ga paham bahasanya kecuali yang ahlinya seperti ustadz.

Posting Komentar

 

Followers

New Comments




Nu_Imuts © 2010 Girant_Black Music is Designed by Girant_31 Supported by Qeu's 2006